33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ah’, jawab Tony Pua

    Shopee Sale

    Komennya berkaitan titah diraja yang menasihat wakil rakyat DAP membaca Rukun Negara semakin hangat, tetapi ia tidak membuatkan Tony Pua mengelak daripada terus mengulasnya.

    Bagaimanapun pengerusi Lembaga Disiplin DAP itu hari ini membuat ulasan yang lebih umum.

    Menjawab kecaman Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki, Pua mengaku dia menyemak semula peribahasa digunakan terhadapnya, iaitu bagai kaduk sudah naik junjung.

    "Peribahasa bagai kaduk naik junjung bermaksud perihal seseorang daripada golongan yang hina (atau orang biasa) yang mendapat pangkat, kedudukan, atau penghormatan, lalu menjadi lupa diri, sombong, dan berkelakuan berlebihan (mengada-ngada).

    “Ah,” jawabnya ringkas yang mungkin menujukan kembali peribahasa itu kepada Asyraf.

    Selain pengerusi Lembaga Disiplin DAP–yang bersidang bila ada kes sahaja–Pua tidak lagi mempunyai sebarang jawatan lain dalam parti itu.

    Dia juga tidak lagi menjadi anggota parlimen.

    Apa sebenarnya Pua kata tentang titah diraja

    Semalam Pua berkata dia setuju semua rakyat Malaysia harus membaca, melafazkan dan memahami Rukun Negara serta Perlembagaan Malaysia dengan teliti.

    MENARIK:  Maklumat kenaikan pangkat ATM bocor: Polis siasat pegawai tentera

    Selain itu katanya, dalam sistem raja berperlembagaan, kuasa yang berbeza sedikit mengikut negeri itu secara keseluruhannya amat terhad kepada aspek seperti adat resam Melayu dan Islam.

    Selain itu, katanya, raja juga menjalankan perananan perlembagaan seperti dalam pelantikan menteri besar serta kelulusan untuk pembubaran anggota Dewan Undangan Negeri.

    “Kita tidak hidup dalam sistem di mana raja boleh mengeluarkan titah perintah yang mengikat bagi menggubal semua aspek kehidupan kita,” katanya.

    “Kita mempunyai parlimen dan Dewan Undangan Negeri, yang terdiri daripada wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat untuk membuat undang-undang dan ketetapan sedemikian.”

    Pua berkata kuasa raja adalah konsisten sepenuhnya dengan Rukun Negara kita, khususnya tonggak kedua (kesetiaan kepada raja dan negara), ketiga (keluhuran perlembagaan) dan keempat (kedaulatan undang-undang).

    “Ya, saya setia kepada Raja dan negara, akan mematuhi Kedaulatan Undang-Undang berdasarkan Perlembagaan Tertinggi kita. Bukan titah perintah,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah