Ketika suasana menjelang pengundian parti semakin panas, dua pemimpin veteran DAP, Tan Kok Wai dan Fong Kui Lun, mengumumkan menarik diri daripada pengundian parti yang dijadualkan bulan depan.
Penasihat Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, dan Bendahari Kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun, membuat pengumuman itu dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Mereka menyatakan empat sebab utama mengapa menarik diri daripada pengundian Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada Kongres Kebangsaan Parti ke-18 yang dijadualkan berlangsung pada 16 Mac tahun ini.
Salah satu sebabnya adalah untuk memberi laluan kepada pemimpin generasi baru.
[Berita penuh menyusul]





