Korang perasan tak, sekarang, jimat kos commute harian menjadi antara fokus utama ramai rakyat Malaysia apabila kos sara hidup dan perbelanjaan harian semakin meningkat?
Kalau dulu ramai selesa bergerak sendiri setiap hari, kini semakin ramai mencari cara lebih bijak untuk berjimat tanpa perlu ubah rutin harian secara drastik.
Dalam keadaan ekonomi semasa, ramai mula terasa ‘pinch’ setiap kali berbelanja, kos commute harian ke tempat kerja juga semakin menjadi perhatian.
Oleh sebab itu, ramai mula mencari alternatif lebih praktikal untuk bergerak dengan lebih bijak dan menjimatkan.
Menariknya, ada satu ‘travel hack’ mudah yang semakin popular dalam kalangan orang ramai terutama bagi mereka yang berulang-alik ke tempat kerja setiap hari iaitu berkongsi perjalanan berbanding menaiki kenderaan secara solo.
Walaupun nampak seperti perubahan kecil, sebenarnya ia mampu memberi penjimatan yang ketara dalam jangka masa panjang.
Cara jimat kos commute berulang-alik ke tempat kerja tanpa ubah rutin

Bagi kebanyakan orang, perjalanan pergi dan balik kerja merupakan antara perbelanjaan tetap setiap bulan. Bila dicampur dengan tambang perjalanan harian dan kos commute yang konsisten setiap minggu, jumlahnya memang boleh terasa
Oleh itu, ramai kini mula memilih kongsi kenderaan sebagai alternatif lebih praktikal. Konsepnya mudah iaitu korang akan berkongsi perjalanan ke destinasi anda dengan individual lain yang menuju ke arah sama.
Tanpa sedar, kos perjalanan harian boleh dikurangkan sedikit demi sedikit. Bila dikira semula pada hujung bulan, jumlah penjimatan itu sebenarnya agak membantu.
Jimat kos commute harian dengan Group Ride
Apa yang membuatkan ride sharing semakin popular ialah ia mudah disesuaikan dengan kehidupan harian. Tak kira untuk ke pejabat, jumpa kawan, keluar makan tengah hari ataupun selesaikan urusan harian, semuanya boleh dilakukan seperti biasa tanpa perlu pening fikir logistik tambahan.
Kalau korang selalu bergerak bersama rakan sekerja atau kawan-kawan ke lokasi sama, fungsi Group Ride memang memudahkan urusan harian. Tak perlu lagi asingkan tempahan atau fikir siapa perlu bayar lebih kerana semuanya boleh dibuat dalam satu tempahan yang sama.
View this post on Instagram
Lebih praktikal untuk commute ke tempat kerja, lunch meeting ataupun balik kerja bersama-sama, Group Ride membantu korang berjimat tanpa perlu ubah rutin harian.
Paling penting, semuanya boleh dilakukan dengan usaha minimum tetapi tetap membantu mengurangkan kos perjalanan harian.
Trend bijak berbelanja yang semakin jadi pilihan
Dalam situasi ekonomi sekarang, ramai mula mengubah cara mereka berbelanja dengan lebih bijak. Bukan sekadar potong perbelanjaan, tetapi mencari alternatif yang masih selesa dan praktikal untuk digunakan setiap hari.
Kongsi kenderaan kini semakin dilihat sebagai satu tabiat harian yang normal dan bijak, bukan lagi sesuatu yang menyusahkan atau memerlukan perancangan rumit. Malah, ia menjadi pilihan ramai kerana lebih mudah disesuaikan dengan rutin commute harian.
Kadang-kadang, perubahan paling mudah sebenarnya yang paling memberi kesan.
Cuba dulu, baru tahu bezanya
Tak semua cara berjimat memerlukan perubahan besar dalam hidup. Kadang-kadang, hanya dengan berkongsi perjalanan ke tempat kerja pun sudah cukup membantu mengurangkan perbelanjaan bulanan korang.
Jadi untuk perjalanan seterusnya, mungkin korang boleh cuba kongsi perjalanan berbanding ride secara solo. Mana tahu, rupanya lebih menjimatkan daripada yang korang sangka.
Korang boleh cuba fungsi Group Ride untuk perjalanan harian yang lebih praktikal dan menjimatkan bersama rakan atau colleague. Untuk maklumat lanjut, klik di sini.
The post Dari Pergi Kerja Sampai Balik Pejabat, Ini Cara Jimat Commute Dengan Group Ride by Grab first appeared on OHBULAN!.





