30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Influencer & Peguam Didakwa Rancang Bunuh Penyanyi, Kantoi Selepas FBI Menyamar Jadi Pembunuh Upahan

    Shopee Sale

    Tiga individu termasuk pempengaruh media sosial didakwa berkomplot mengupah pembunuh upahan untuk membunuh penyanyi, Jack Avery.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kes Tikam 61 Kali: ‘Suspek Guna Kereta Ayah Untuk Bunuh Mangsa, Empat Kali Cuci Nak Hilangkan Kesan Darah’ – Ketua Polis Kelantan

    Artikel Berkaitan: Ibu Tergamak Bunuh Anak 5 Tahun, Ketawa Saat Disoal Siasat

    Dua beranak, jurulatih rancang pembunuhan

    Foto Kecerdasan Buatan (AI)

    Menerusi laporan Los Angeles Times, individu tersebut merupakan seorang pempengaruh media sosial, Gabriela Gonzalez, 25, bersama bapanya yang merupakan peguam terkenal Miami, Francisco Gonzalez, 59, serta jurulatih luncur air, Kai Cordrey, 26.

    Ketiga-tiga mereka berdepan pertuduhan konspirasi membunuh, cubaan membunuh serta mengupah pembunuh bayaran.

    Sasaran mereka dipercayai Jack Avery, bekas ahli kumpulan lelaki popular era 2010-an, Why Don’t We.  

    Difahamkan, Gabriela dan Jack mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh tahun dan pasangan berdepan pertikaian hak penjagaan anak sejak 2021 lalu.

    Menurut siasatan, Gabriela didakwa menganggap Jack sebagai bapa yang berbahaya selain pernah menyuarakan hasrat mahu penyanyi itu mati dan berbincang tentang mengupah pembunuh.

    MENARIK:  [VIDEO] Syarul Ezani Dedah Tak Pernah Berkahwin, Lebih Memilih Tidak Berkongsi Kisah Peribadi – ‘Itu Adalah Falsafah Hidup Saya’

    Pada masa sama, bapanya yang merupakan seorang peguam berpengaruh didakwa meminta Kai Cordrey mencari individu bagi mengancam Jack.

    FBI menyamar jadi pembunuh upahan

    Foto Kecerdasan Buatan (AI)

    Siasatan turut mendapati mereka dipercayai menggunakan ‘dark web’ dan pembayaran mata wang kripto untuk mengupah pembunuh bayaran. Francisco dilaporkan menghantar wang berjumlah AS$10,000 hingga AS$14,000 bagi membiayai rancangan tersebut.  

    Bagaimanapun, rancangan itu terbongkar selepas mereka tanpa sedar berhubung dengan ejen penyamar FBI yang menyamar sebagai pembunuh upahan.

    Dalam perbualan bersama ejen terbabit, Kai didakwa memberitahu bahawa bekas teman wanita Jack mahu tugas itu diselesaikan dan bapanya sanggup menanggung segala kos.  

    Gabriela dilaporkan ditahan di California tanpa jaminan, manakala Francisco pula diberkas di Florida. Status Kai Cordrey bagaimanapun masih belum diketahui setakat ini.  

    Untuk rekod, Jack Avery kini sedang membina kerjaya solo selepas kumpulan Why Don’t We berehat daripada industri muzik.

    Sumber: Los Angeles Times

    The post Influencer & Peguam Didakwa Rancang Bunuh Penyanyi, Kantoi Selepas FBI Menyamar Jadi Pembunuh Upahan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah