Seorang pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor maut selepas dipercayai jatuh daripada sebuah bangunan di Vista Alam, di Seksyen 14, Shah Alam awal pagi ini.
“Pada 20 Mei, jam lebih kurang 3 pagi mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, sementara menunggu hasil bezah siasat.
“Polis Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” kata Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar dalam satu kenyataan media.

Dia tidak mendedahkan sebarang maklumat lanjut.





