33.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tony Pua benar, kata peguam

    Shopee Sale

    Ketika banyak pihak mengecam pemimpin DAP Tony Pua berkaitan kedudukan titah diraja, peguam dan aktivis Aidil Khalid menyatakan pendirian berbeza.

    Peguam–yang sebelum ini mewakili aktivis antikuil haram Tamim Dahri–berkata dari konteks perlembagaan, undang-undang tubuh dan sistem perundangan, apa yang disebut oleh Pua itu sesungguhnya benar.

    “Jika ada yang membacanya dan merasakan ‘tidak kena’, barangkali yang tidak kena itu adalah jiwa feudal yang membelenggu dalam diri,” katanya.

    Aidil yang juga seorang penulis sastera itu turut memetik “pesan Hang Lekir” sebagai pedoman, iaitu:

    Anak dagang mudik ke rawa,
    Membawa naskhah kitab asal;
    Banyak membaca luaslah jiwa,
    Lepas dari belenggu feudal.

    Tony Pua

    Semalam Pua menambah kehangatan berkaitan isu penternakan babi di Selangor selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menasihatkan wakil rakyat DAP membaca Rukun Negara.

    Ia dipercayai susulan pendirian berbeza istana dan mereka berkaitan kegiatan penternakan babi di Selangor yang ditolak oleh baginda.

    Pua bagaimanapun berkata dalam sistem raja berperlembagaan, kuasa raja terhad kepada adat resam Melayu-Islam serta perananan perlembagaan seperti pelantikan menteri besar serta kelulusan pembubaran anggota Dewan Undangan Negeri.

    “Kita tidak hidup dalam sistem yang raja boleh mengeluarkan titah perintah yang mengikat bagi menggubal semua aspek kehidupan kita,” katanya yang mencetuskan kemarahan parti dan kumpulan Melayu.

    MENARIK:  TH Plantations pecat CEO atas sebab ‘salah laku’

    ‘Mesti tahu bezakan isu’

    Mengulas di media sosial, Aidil mengingatkan bahawa orang ramai harus tahu membezakan isu dan mengenal pasti permasalahan. 

    Katanya, isu penternakan babi di Selangor tidak boleh dijadikan sebab untuk mengubah sistem raja berperlembagaan dalam negara ini.

    “Kita tak setuju dengan babi, itu satu perkara. Kita boleh lawan dan tentang sehabis-habisnya, dan saya pun sokong kita lawan. 

    “Tapi jangan pula isu babi ini dijadikan ruang untuk mengubah sistem raja berperlembagaan (dan bukan raja berkuasa mutlak) yang telah termaktub sekian lama.

    Dia turut meminta orang ramai merujuk kepada tulisan lamanya berkaitan istilah istilah ‘hendaklah’ yang digunakan terhadap raja dalam undang-undang tubuh negara Selangor.

    “Dalam disiplin perundangan, bila ayat undang-undang menggunakan istilah ‘hendaklah’, ia membawa makna dan maksud bahawa perkara itu mesti atau wajib dilakukan.

    “Bermakna kalau Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor mengatakan bahawa DYMM ‘hendaklah’ bertindak mengikut nasihat, dan bukan boleh berkenan atau tak berkenan mengikut sekehendaknya, maka itu bermaksud DYMM mesti bertindak mengikut nasihat.

    “Ini termaktub dalam undang-undang tubuh. Dan menyatakan perkara ini bukan derhaka. Melainkan kita nak tuduh undang-undang tubuh itu sendiri yang derhaka. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah