Pelakon, Chacha Maembong menjelaskan penampilannya yang kini kelihatan semakin menawan itu bukan kerana dilamun cinta tetapi kerana persekitaran yang positif.
Artikel Berkaitan: Chacha Maembong Pernah Dianggap Diva & Sombong Gara-Gara Raut Wajah – ‘Hakikatnya Saya Bukan Begitu’
Artikel Berkaitan: Chacha Maembong Sifatkan Emma Wanita Kuat, Mohon Henti Beri Tekanan – ‘Saya Rasa Sekarang Masa Untuk Dia Sembuhkan Diri’
Makin berseri

Ketika ditemui , Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 30, berkata perubahan itu juga dipengaruhi oleh rakannya, Tracie Sinidol yang sering mengajaknya melakukan aktiviti sihat.
Kenapa kalau kita glowing dan makin lawa orang akan cakap sebab bercinta? Saya boleh bahagia dengan keluarga saya juga.
Sebenarnya perubahan ini juga disebabkan kawan saya, Tracie Sinidol yang rajin ajak saya lakukan aktiviti sihat.
Saya gembira disebabkan persekitaran yang luar biasa walaupun saya dikecam kerana watak saya. Tracie sangat membantu saya.
Chacha berkata demikian ketika ditemui pada sesi temu bual dengan barisan drama Dendam Seorang Mentua di ibu kota pada tengahari Selasa.
Mengulas lebih lanjut, adik kepada pelakon Emma Maembong itu percaya kebahagiaan itu tidak datang hanya kerana memiliki pasangan yang baik tetapi persekitaran juga memainkan peranan penting.
Bukan sebab lelaki saja. Sebenarnya kita punya persekitaran juga penting. Kalau persekitaran dah positif, memang boleh buat kita gembira danb automatik berseri.
Tak semestinya sebab pasangan.
Sementara itu, Chacha berkata dia juga tidak dapat melakukan diet sepenuhnya kerana kekangan masa dan jadual yang padat.
Nak cakap diet, saya tidaklah diet sepenuhnya. Mungkin bila dah meningkat usia, bila dah tambah berat kita boleh rasa.
Dari segi makanan saya pilih untuk makan makanan yang sihat. Sejak dah mula penggambaran drama saya tiada masa untuk diri saya.
Tidur lewat juga dan sering minum kopi. Jadi kalau ada masa saya akan cuba untuk bersenam dan makan makanan sihat.
The post Dipuji Makin ‘Glowing’, Chacha Maembong Jawab Bukan Sebab Hangat Dilamun Cinta – ‘Perubahan Ini Disebabkan Kawan’ first appeared on OHBULAN!.





