30.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kalau Fikir Tentang Orang, Sampai Sudah Tak Habis’ – Norreen Iman

    Shopee Sale

    Pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman akui memiliki tubuh badan yang gemuk memberi kesan pada keyakinan diri selain cenderung untuk sentiasa mengutamakan orang lain.

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Sesekali Cakap Dunia Kejam Pada Lelaki Miskin’ – Norreen Iman Imbau Zaman Duduk Flat Dengan Suami, Makan Sehari RM5

    Artikel Berkaitan: Suami Norreen Iman Perjelas Salah Faham Video Tular ‘Lelaki Jangan Miskin’ – ‘Aku Tak Cakap Isteri Hina ..’

    Gemuk

    Menerusi hantaran yang dimuat naik, seorang pengguna Threads dilihat meminta orang awam memberi kata-kata negatif sebagai motivasi untuknya menjaga pemakanan.

    Cuba hina sikit aku.

    Sejenis tiada kesedaran lagi nak kurus.

    Kaki dah mula sakit-sakit.

    Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian Norreen yang tampil bersetuju bahawa tubuh badan yang berisi memberi kesan pada diri sendiri.

    Selain itu, Norreen berpendapat bahawa individu yang mempunyai saiz tubuh lebih besar daripada kebiasaan sering berdepan kesukaran untuk menyayangi diri sendiri.

    Betul, jadi gemuk memang hina.

    Kadang sampai nak sayang diri sendiri fikir 2 ke 3 kali sebab orang gemuk selalu sayang orang lebih dari sayang diri sendiri.

    Dalam pada itu, Norreen sempat menitipkan pesanan secara umum supaya menjaga pemakanan agar tidak menyusahkan diri sendiri pada masa hadapan.

    Tapi kalau fikir tentang orang, sampai sudah tak habis.

    Anggap sajalah, kalau gemuk sampai tua, risau tak terjaga.

    Kalau sihat, kita boleh sayang diri kita dalam banyak cara. Tidaklah menunggu orang nak bahagiakan kita saja.

    Sumber: Threads @norreen143

    MENARIK:  Netizen Nasihat Ridzuan Ridzokumura ‘Rehat’ Buat Konten Fasal Anak, Minta Hormat Arwah Isteri

    The post ‘Kalau Fikir Tentang Orang, Sampai Sudah Tak Habis’ – Norreen Iman first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah