28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bekalan elektrik di pantai timur Sabah pulih sepenuhnya

    Shopee Sale

    Bekalan elektrik ke pantai timur Sabah yang terputus sejak Sabtu lepas berjaya dipulihkan sepenuhnya malam tadi.

    Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Mohd Yaakob Jaafar berkata bekalan yang terjejas susulan gangguan talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud itu kembali beroperasi pada jam 10.20 malam.

    “Terima kasih kepada semua wira di lapangan dan di belakang tabir yang bekerja tanpa mengenal penat lelah bagi memastikan pemulihan ini dapat dilaksanakan, serta kepada pengguna atas kesabaran dan sokongan sepanjang tempoh cabaran ini,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

    MENARIK:  Pejabat guaman jadi marak api, 'Uncle San' dan kerani terkorban

    Pada Sabtu lalu kawasan terbabit mengalami gangguan bekalan selepas dua talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud terputus apabila menara tumbang susulan kejadian tanah runtuh di Kampung Kolopis, Penampang.

    SESB memaklumkan menara gantian berjaya didirikan dan dioperasikan, sekali gus menyambung semula bekalan ke kawasan pantai timur negeri berkenaan.

    Talian itu menghubungkan Kampung Kolopis di pantai barat Sabah dengan Segaliud di Sandakan, pantai timur Sabah, bagi memastikan bekalan elektrik stabil di kedua-dua wilayah.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah