28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Naikkan cabutan khas keputusan bersama kabinet dahulu termasuk PAS’

    Shopee Sale

    Keputusan meningkatkan jumlah cabutan khas nombor ramalan kepada 22 kali setahun semasa pentadbiran terdahulu adalah tanggungjawab bersama Jemaah Menteri, termasuk menteri daripada PAS ketika itu, kata bekas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

    Beliau yang kini Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri berkata cabutan khas bukan perkara baharu, sebaliknya diperkenalkan sejak 1999, malah had siling 22 cabutan setahun sudah wujud semasa pentadbiran Barisan Nasional sebelum beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan.

    Tengku Zafrul Abdul Aziz

    “Semasa pandemik (Covid-19), kerajaan ketika itu kembali kepada siling sedia ada (22 kali) dan perkara ini juga dimaklumkan kepada Parlimen melalui jawapan rasmi.

    “Yang penting, di bawah Kerajaan Madani hari ini, cabutan khas diturunkan kepada hanya lapan kali setahun,” katanya kepada Bernama hari ini di Kuala Lumpur.

    MENARIK:  PSM sokong SIS menjelang keputusan kes cabar fatwa Jais

    Tengku Zafrul berkata demikian bagi mengulas tindakan segelintir pihak yang meletakkan tanggungjawab keputusan peningkatan cabutan khas itu kepadanya secara peribadi.

    Beliau berkata fakta berhubung isu berkenaan adalah jelas dan beliau tidak berhasrat untuk memanjangkan polemik yang boleh mengganggu tumpuan kerajaan terhadap agenda pembangunan negara.

    “Tumpuan Kerajaan Madani adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat dan memastikan setiap dasar benar-benar memberi manfaat kepada mereka,” katanya.

    Isu cabutan khas nombor ramalan kembali dibangkitkan berikutan dakwaan dan pertikaian mengenai kewajaran menaikkan jumlah cabutan itu semasa tempoh pandemik Covid-19.

    Selepas menerajui pentadbiran pada Disember 2022, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan jumlah cabutan khas itu diturunkan semula daripada 22 kali kepada lapan kali setahun bermula 2023.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah