29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ulama PAS mahu parti beranjak lahirkan negarawan

    Shopee Sale

    MUKTAMAR PAS | Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) hari ini menggariskan rancangan penambahbaikan parti itu – daripada ‘parti pak lebai’ kepada sebuah parti yang menjadi tempat melahirkan negarawan.

    Ketuanya Ahmad Yahaya berkata suatu hakikat yang perlu disedari semua pihak ialah PAS perlu mula menyediakan barisan negarawan yang bakal memimpin negara suatu masa nanti.

    “Ini adalah sebahagian daripada visi dan misi ke hadapan yang harus mula difikirkan PAS pada hari ini.

    “Seorang negarawan tidak hanya bercakap soal kuasa semata-mata, tetapi mereka bercakap tentang bagaimana membina sebuah legasi.

    “Dalam menghadapi situasi politik semasa pada hari ini, maka PAS tidak lagi sekadar sebuah ‘parti pak lebai’ semata-mata, tetapi harus membuat anjakan paradigma kepada sebuah parti yang melahirkan negarawan yang berjasa,” katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena muktamar sayap PAS itu di Kota Bharu hari ini.

    Hadir sama Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang merasmikan muktamar DUPP.

    Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata para ‘ulama rabbani’ mesti menjadi pembimbing kepada melahirkan negarawan yang ada dalam gerakan Islam.

    MENARIK:  Penduduk Hulu Selangor mahu hospital, bukan ladang babi - Sathia

    Justeru, katanya, menjadi perananan DUPP dalam memastikan keberadaan ulama rabani yang melahirkan kekuatan kepimpinan negarawan yang hebat dalam PAS.

    Sementara itu mengulas mengenai agenda penyatuan ummah, Ahmad menjelaskan, PRN Negeri Sembilan baru-baru ini menyaksikan perkara itu berjaya memastikan bukan sahaja sebuah kerajaan Melayu-Islam kembali bertapak di situ, bahkan memastikan sokongan terhadap DAP dan PH semakin melemah.

    “Walaupun kerjasama yang ada dalam PRN Negeri Sembilan adalah bersifat taawun siyasi yang longgar dan tidak mengikat mana-mana pihak, sekurang-kurangnya ia memberikan kesan yang ketara kepada corak pengundian dalam pilihan raya tersebut.

    “Naratif penyatuan umah tidak wajar terhenti setakat pilihan raya negeri sahaja. Ia wajar terus diangkat bagi memastikan umat Islam kembali bersatu padu selain memperkukuhkan kuasa politik umat Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini,” katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah