28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #ThrowbackXTRA: Putri Aleeya Kenang ‘Daddy-Daughter Trip’ Ke London Bersama Awie

    Shopee Sale

    Di sebalik persona rock dan karakter tegas yang sering dilihat peminat, penyanyi legenda Datuk Awie mempunyai sisi berbeza apabila bersama anak-anaknya. Bagi anak perempuannya, Putri Aleeya Antasha, antara kenangan paling manis bersama bapanya adalah ketika mereka berpeluang meluangkan masa bersama bercuti ke London.

    Artikel Berkaitan: #SkoolXTRA: Pernah Cari ‘Helah’ Tak Masuk Kelas, Putri Aleeya Akui Kehidupan Di Sekolah Berasrama Matangkan Diri

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Pergi Casting Walaupun Tawaran Berlakon Sudah Ada, Tak Ada Istilah Guna Kabel Ayah’ – Putri Aleeya

    Kenang ‘Daddy-Daughter Trip’

    Berkongsi memori tersebut menerusi segmen #ThrowbackXTRA, Aleeya berkata perjalanan itu cukup istimewa kerana berlaku selepas dia pulang daripada melanjutkan pengajian selama lima bulan di Turkiye.

    One of my favourite memories Aleeya dengan Daddy, masa kami travel berdua dengan kawan-kawan Daddy yang lain. Mummy dengan adik-adik saya yang lain dekat Malaysia.

    Saya pergi study dekat Turkey for five months. Balik dari Turkey, Daddy bawa jalan pergi London.

    Momen itu sangat istimewa kepada saya sebab itu kira macam ‘daddy-daughter trip’ walaupun ada kawan-kawan Daddy.

    Awie Sangat Pentingkan Adab

    Dalam masa sama, Aleeya turut berkongsi antara prinsip utama yang diterapkan Awie dalam mendidik dirinya sejak kecil.

    Menurut Aleeya, bapanya sangat menitikberatkan soal adab, terutamanya ketika berkomunikasi dan berurusan dengan orang lain.

    One thing pasal Daddy, dia memang sangat pentingkan adab. Tak kisah bercakap dengan orang atau bekerja dengan orang, cara kita bawa diri dengan orang itu penting.

    Benda sekecil macam cara reply text pun Daddy particular sebab takut orang salah faham.

    View this post on Instagram

    A post shared by Putri Aleeya Antasha (@aleeyantasha)

    Biarpun kelihatan seperti perkara kecil, Aleeya melihat pesanan tersebut sebagai antara didikan penting yang membentuk caranya membawa diri apabila berhadapan dengan masyarakat.

    MENARIK:  Nora Danish Ulas ‘Posting’ Zarina Anjouline Tulis ‘I Miss U Boss Ned’ Di IG – ‘Luahan Rindu Seorang Sahabat, Mereka Sudah Lama Kawan’

    Sentiasa Diingatkan Jaga Nama Keluarga

    Sebagai anak kepada figura terkenal, Aleeya juga sedar setiap tindakannya sedikit sebanyak boleh dikaitkan dengan nama bapanya.

    Justeru, antara nasihat yang sentiasa diberikan Awie adalah supaya dirinya berhati-hati dalam membuat keputusan serta menjaga maruah keluarga.

    Daddy selalu nasihat saya jaga Daddy. Orang kenal saya sebagai anak dia, jadi sudah tentu saya perlu menjaga maruah dan elak kontroversi yang akan menjejaskan imej keluarga.

    Buat Aleeya, pesanan tersebut bukan sekadar berkaitan status bapanya sebagai selebriti, tetapi menjadi peringatan tentang tanggungjawab menjaga nama baik keluarga dalam setiap langkah yang dilakukan.

    The post #ThrowbackXTRA: Putri Aleeya Kenang ‘Daddy-Daughter Trip’ Ke London Bersama Awie first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah