27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    DUPP lulus usul penyatuan ummah, diingatkan jadi ‘jarum yang menjahit’

    Shopee Sale

    MUKTAMAR PAS | Ketika penyatuan ummah menjadi salah satu agenda utama, seorang perwakilan tampil mengingatkan supaya pimpinan dan ahli parti itu supaya menjadi ‘jarum yang menjahit, bukan gunting yang memutuskan’.

    Perwakilan Dewan Ulama PAS Pahang Nasrudin Hassan ketika membahaskan perkara itu menegaskan betapa usul penyatuan ummah perlu menjadi keutamaan parti dan menegur bahawa masih terdapat ahli parti yang dilihat masih skeptikal dengan usaha penyatuan ummah.

    “Penyatuan ini sangat penting dan kita tak boleh bertangguh kerana kita umat Islam di Malaysia ini bukan sedikita jumlahnya. Tetapi menjadi lemah dan kalah bukan kerana berlakunya pertelagahan dan pertelingkahan yang panjang kerana pebezaan politik.

    “Kita perlu melihat perananan kita sebagai anggota dewan ulama, masih ada di kalangan kita dalam penulisan atau kandungan TikTok, termasuk di pentas cetamah atau kuliah, bahasa yang mereka gunakan bukan menunjukkan bahasa untuk memperkasakan penyatuan ummah.

    “Masih lagi ada sentimen-sentimen yang ‘nak balah’ (bergaduh), sampai ada yang kata kalau kita bertaawun atau bertahaluf dengan parti-parti politik (lain), jadi kita tiada modal berceramah. Apabila berkawan tak boleh nak hentam.

    “Begitu cetek dan dangkalnya, masih ada mereka yang anggap bila dah berkawan sudah tiada modal nak berceramah,” katanya yang menyokong usul memperkasan penyatuan ummah dalam Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) ke-65 di Kota Bharu, hari ini.

    Bekas ahli Parlimen Temerloh itu berkata, dalam Islam ini banyak lagi modal yang boleh dijadikan bahan ceramah berkait tentang keindahan Islam, kehebatan agama Allah dan kemampuan mentadbir.

    “Banyak lagi bidang yang boleh kita tuntut, tak semestinya ceramah itu mesti dipenuhi dengan hentaman, menghentam demi hentaman kepada pihak parti lawan.

    “Jadi kalau kita betul-betul nak menjayakan agenda pemerkasaan ini, awas, bahasa kita mesti bahasa penyatuan. Jangan ada sindir-menyindir, sinis-meninis, buka pekung lama, buka sejarah lama, dan sebagainya. Kita kena jadi jarum yang menjahit, bukan menjadi gunting yang memutuskan,” tegas Nasrudin.

    Dalam persidangan tahunan itu (DUPP) menerima dan meluluskan 10 usul yang dibentang, dibahas dan tanpa bahas.

    MENARIK:  Pukul isteri hamil, lelaki dipenjara empat bulan

    Tiga daripadanya diterima sebagai usul diterima untuk dibahas melibatkan usul memperkasa penyatuan ummah, menangani krisis sosial dan moral dan sokongan kepada institusi Raja-raja Melayu dalam mempertahankan kedaulatan Islam.

    Tujuh usul diterima tanpa bahas pula antara lain melibatkan usul memperkukuhkan wala dan ketaatan kepada pemimpin parti dalam menghadapi PRU ke-16.

    DUPP juga meluluskan usul mempertahankan dasar pendidikan kebangsaan dan menolak pengiktirafan sijil perperiksaan bersepadu (UEC), memperkukuh dakwah digital, penguatkuasaan undang-undang 3R secara adil dan telus serta menyokong ketetapan Majlis Syura Ulama dan PAS Pusat berhubung hala tuju kerjasama politik.

    Ketua Penerangan DUPP, Mohd Nor Hamzah ketika membentangkan usul memperkasa penyatuan ummah berkata, perpecahan politik, pihaknya berpandangan bahawa salah satu natijah penting daripada kejayaan agenda itu ialah terbentuknya kekuatan politik Melayu-Islam yang kukuh, matang, berprinsip, berwibawa dan mampu memimpin negara.

    Menurutnya, pengukuhan kekuatan politik Melayu-Islam yang dimaksudkan ialah pembinaan kekuatan politik majoriti Melayu-Islam yang mampu memimpin negara berasaskan Islam, Perlembagaan Persekutuan dan prinsip keadilan kepada seluruh rakyat tanpa menafikan hak sah mana-mana kaum dan agama.

    “Justeru, pengukuhan kekuatan politik Melayu-Islam bukanlah agenda perkauman, permusuhan kaum atau usaha menafikan hak masyarakat bukan Islam.

    “Sebaliknya, kekuatan tersebut hendaklah menjadi asas kepada pembentukan sebuah kepimpinan yang stabil dan berwibawa serta mampu menegakkan keadilan, memerangi rasuah dan salah guna kuasa, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta memelihara keharmonian masyarakat majmuk,” katanya.

    Tambahnya muktamar DUPP juga menegaskan bahawa agenda penyatuan ummah hendaklah menjadi agenda induk yang merentasi kepentingan pilihan raya, parti dan kelompok.

    “Penyatuan ummah tidak boleh difahami sekadar sebagai pembentukan gabungan politik atau

    kerjasama sementara bagi menghadapi pilihan raya.

    “Sebaliknya, ia merupakan usaha jangka panjang untuk membina kesatuan fikrah, persefahaman, kerjasama dan kekuatan umat berdasarkan prinsip Islam.

    “PAS sendiri telah meletakkan taawun siyasi sebagai pendekatan kerjasama yang berasaskan kebajikan dan ketakwaan, dengan penyatuan umat sebagai matlamat yang lebih besar,” jelasnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah