29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aeril Zafrel Tak Halang Anak Ceburi Bidang Seni, Akui Hayla Minat Berlakon – ‘Tapi Dia Introvert’

    Shopee Sale

    Pelakon Aeril Zafrel tidak menghalang sekiranya anak-anaknya memilih untuk menceburi bidang seni. 

    Artikel Berkaitan: Aeril Zafrel Kongsi Kos Perkahwinan RM5,500, Netizen Komen – ‘Bukti Kahwin Simple Tapi Sekarang Hidup Berjaya’

    Aeril Zafrel tak halang anak ceburi bidang seni

    Ketika ditemui , Aeril atau nama lengkapnya Suhairil Sunari, 38, berkata anak perempuannya, Hayla, turut menunjukkan minat terhadap bidang lakonan.

    Bagaimanapun, pelakon itu menyifatkan anak gadisnya itu seorang yang agak introvert dan kurang selesa untuk berada di hadapan khalayak.

    Hayla ada tunjuk minat dalam bidang lakonan. Tapi, saya juga ada hantar dia pelbagai kelas, muzik pun ada.

    Anak-anak saya ni introvert. Saya pun ada cakap dengan Hayla, macam mana nak terkenal tapi introvert. Tak boleh lah macam tu. Tapi macam Hayla dia pun pandai menari juga sebab pergi kelas.

    Ditanya mengenai kemungkinan Hayla menyertai program realiti nyanyian sekiranya menerima tawaran, Aeril berkata dia tidak keberatan sekiranya anaknya itu benar-benar berminat untuk membuat persembahan di atas pentas.

    Tapi kalau menyanyi tu, mungkin kalau dia sendiri pertimbangkan nak naik pentas, boleh diajar. 

    Sebab, menyanyi ini kalau tak ada bakat sekalipun tapi setiap hari ‘training’, insyaAllah dapatlah menyanyi ikut nada suara sendiri. 

    Apapun, saya tak ada halangan kalau anak-anak ingin terbabit dalam bidang seni. 

    Untuk rekod, Aeril mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Wawa Zainal, 35, secara rahsia pada 25 Februari 2012, namun mereka mengumumkannya pada 4 Februari 2013.

    MENARIK:  Aurat Wanita Tua Yang Tiada Keinginan Berkahwin, Ini Penjelasannya

    Pasangan bahagia ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Sofia dan Muhammad Fahri.

    The post Aeril Zafrel Tak Halang Anak Ceburi Bidang Seni, Akui Hayla Minat Berlakon – ‘Tapi Dia Introvert’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah