26.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hakim sekat perintah Trump hadkan kerakyatan melalui kelahiran

    Shopee Sale

    GLOBAL |  Seorang hakim persekutuan AS mengeluarkan injunksi awal yang menyekat pentadbiran Presiden Donald Trump daripada menguatkuasakan perintah eksekutif terbarunya untuk mengehadkan kewarganegaraan melalui kelahiran.

    Anadolu Ajansi melaporkan, Mahkamah Daerah Maryland dalam keputusannya berkata pihak berkuasa AS “dilarang mengambil sebarang tindakan lain untuk mengganggu, menafikan atau gagal mengiktiraf kewarganegaraan mana-mana anggota kumpulan yang telah diperakui.”

    Injunksi itu terpakai terhadap beberapa agensi utama persekutuan termasuk Jabatan Negara, Jabatan Kehakiman dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri.

    Walaupun pelaksanaan perintah itu dibekukan, mahkamah memaklumkan, kerajaan masih boleh mengeluarkan panduan kepada orang ramai berkaitan bahagian tertentu dasar berkenaan.

    MENARIK:  Alumni, ibu bapa persoal KPM bina bangunan atas padang sekolah

    Perintah eksekutif 2026 itu bertujuan memperluas kategori individu yang tidak layak memperoleh kewarganegaraan secara automatik dan menyasarkan amalan “pelancongan kelahiran”.

    Langkah itu dibuat susulan keputusan Mahkamah Agung AS pada Jun yang membatalkan percubaan terdahulu untuk menamatkan kewarganegaraan melalui kelahiran.

    Ketua hakim, John Roberts, ketika itu menegaskan bahawa pindaan ke-14 perlembagaan AS melindungi semua kanak-kanak yang dilahirkan di negara itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah