27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    POV XTRA: Tiru Gaya Berucap & Kepimpinan, Ini Sebab Amin Sufian Kagumi Syed Saddiq – ‘Beliau Tak Mudah Mengalah’

    Shopee Sale

    Bukan sekadar mengagumi bakat seni, setiap individu pasti mempunyai figura tertentu yang dijadikan inspirasi dari segi gaya mereka berucap dan cara kepimpinan terutama dalam membentuk prinsip dan perjalanan hidup.

    Di sebalik imejnya sebagai pelakon meningkat naik, Amin Sufian rupanya mempunyai minat yang cukup dekat dengan dunia kepimpinan.

    Malah, sejak zaman belajar lagi, dia sudah gemar memerhati cara figura berpengaruh membawa diri, berkomunikasi dan menyampaikan mesej kepada masyarakat.

    Artikel Berkaitan: POV XTRA: ‘Banyak Benda Saya Redah Sendiri’ – Amin Sufian Kongsi Realiti Menjadi Anak Sulung

    Artikel Berkaitan: Amin Sufian Tidak Kejar Populariti – ‘Kalau Orang Nampak Kejujuran Dalam Lakonan, Itu Sudah Cukup Baik’

    Suka Gaya Kepimpinan YB Syed Saddiq

    POV XTRA membawakan pandangan selebriti mengenai pelbagai isu, daripada topik yang hangat diperdebatkan hinggalah persoalan harian yang sering bermain dalam fikiran ramai. Tiada jawapan mutlak, tetapi setiap perspektif membuka ruang untuk sesuatu perkara dilihat dari sudut berbeza.

    Menerusi segmen #POVXTRA, Amin berkongsi sisi berbeza dirinya apabila mendedahkan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merupakan antara figura kepimpinan yang dikaguminya.

    Menurut Amin, minatnya terhadap dunia kepimpinan sebenarnya sudah bermula sejak zaman belajar apabila dia sendiri pernah memegang tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar.

    Malah, ketika berada di matrikulasi, Amin mengakui pernah mengambil inspirasi daripada gaya komunikasi Syed Saddiq ketika menyampaikan ucapan.

    Ada sikit sebab saya dulu pemimpin, Ketua Pelajar. Saya selalu ambil gaya percakapan beliau. Kalau dulu semasa belajar di matrikulasi, saya selalu beri ucapan dan mulakan dengan gaya ungkapan pelbagai bahasa seperti ‘Assalamualaikum, Ta Cha Hao, Vanakkam’.

    View this post on Instagram

    A post shared by AMIN SUFIAN (@aminsufiann)

    Pelakon Pun Ada Pengikut, Mahu Sebarkan Nilai Baik

    Bagi Amin, minatnya terhadap figura kepimpinan bukan bermaksud dia mempunyai cita-cita untuk berada dalam arena sama, sebaliknya banyak perkara boleh dipelajari daripada seseorang pemimpin untuk diterapkan dalam kerjaya sebagai anak seni.

    Menurutnya, seorang pelakon juga mempunyai kelompok pengikut tersendiri dan pengaruh tersebut sepatutnya digunakan untuk menyampaikan sesuatu yang positif.

    Saya memang suka pemimpin-pemimpin. Saya terinspirasi dengan mereka. Sebab saya rasa walaupun sebagai pelakon, kita mesti ada pengikut. Jadi konon macam saya pemimpin peminat-peminat saya.

    Saya mahu berkongsi ‘good values’ kepada mereka agar mereka pun ikut.

    Dalam masa sama, Amin melihat pengaruh seseorang selebriti bukan hanya terhad kepada karya atau populariti, tetapi turut melibatkan bagaimana mereka membawa diri serta mesej yang disampaikan kepada masyarakat.

    View this post on Instagram

    A post shared by AMIN SUFIAN (@aminsufiann)

    Mahu Jadi Pelakon Dengan Latar Pendidikan Kukuh

    Antara perkara yang membuatkan Amin dapat mengaitkan dirinya dengan YB Syed Saddiq adalah kepentingan yang diberikan terhadap pendidikan.

    MENARIK:  [VIDEO] Nabila Razali Turun Padang Santuni 33 Keluarga, Beri Bantuan Sempena Ulang Tahun Kelahiran

    Amin percaya industri hiburan juga memerlukan lebih ramai figura yang mempunyai latar belakang pendidikan baik supaya dapat menjadi inspirasi kepada generasi muda.

    Yang saya boleh ‘relate’ dengan beliau adalah mungkin saya budak pandai juga. Saya nampak ‘education is really important’. Saya rasa ‘it’s good’ kita ada ikon-ikon yang ‘educated’, supaya kita boleh beri mesej dan inspirasi kepada anak-anak muda di luar sana.

    Pada masa sama, Amin mahu membuktikan menjadi seorang pelakon tidak bermaksud seseorang itu harus mengetepikan aspek akademik.

    Sebaliknya, dia mahu membina identiti sebagai anak seni yang mempunyai asas pendidikan kukuh dan mampu menggunakan ilmu tersebut sepanjang perjalanan kerjayanya.

    Saya nak jadi seorang pelakon yang ada ‘education background’ yang bagus. Sesetengah orang mungkin nampak jadi pelakon ini mudah, hanya perlu berlakon, tetapi tidak.

    ‘Persistence’ Syed Saddiq Jadi Pengajaran

    Selain pendidikan dan kepimpinan, satu lagi karakter Syed Saddiq yang paling dikagumi Amin ialah semangat untuk terus bertahan ketika berdepan pelbagai cabaran.

    Amin melihat perjalanan figura tersebut sebagai satu pengajaran tentang kepentingan konsisten, tidak mudah menyerah kalah dan terus mengejar matlamat.

    Saya sangat ‘admire’ ‘persistence’ beliau yang sangat konsisten, tak mudah mengalah. Saya rasa anak-anak muda boleh ambil perkara itu sebagai contoh yang sangat baik.

    Malah, sifat tersebut turut menjadi pembakar semangat buat Amin untuk terus bekerja keras dalam membina nama sebagai pelakon.

    Itu memberikan saya semangat untuk terus ‘push’, ‘don’t give up’ dan terus kejar. Do what you want to achieve your goal.

    The post POV XTRA: Tiru Gaya Berucap & Kepimpinan, Ini Sebab Amin Sufian Kagumi Syed Saddiq – ‘Beliau Tak Mudah Mengalah’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah