Berita baik buat peminat K-pop! IDOL Radio Live in Kuala Lumpur bakal menemui peminat pada 3 Oktober (Sabtu) di Inspire Live Arena, IOI Mall Damansara.
IDOL Radio Live di Kuala Lumpur

Konsert yang dinanti-nantikan ini bakal menampilkan barisan artis Korea Selatan popular, termasuk kumpulan wanita KISS OF LIFE, serta kumpulan lelaki 82MAJOR dan WHIB.
Selain itu, penyanyi popular Malaysia, Ismail Izzani turut bakal membuat kemunculan sebagai tetamu khas bagi memeriahkan pentas IDOL Radio Live in Kuala Lumpur.
Lebih menarik apabila pemegang tiket juga berpeluang menikmati pelbagai pengalaman eksklusif mengikut kategori tiket yang dibeli.
Bagi pemegang tiket VIP, mereka akan menerima satu tiket konsert tempat duduk VIP, selain berpeluang menyertai sesi group photo bersama KISS OF LIFE selama 1 minit 20 saat.
Turut disediakan ialah lanyard dan laminate, group selfie photocard serta sesi ‘goodbye’ bersama kesemua artis yang membuat persembahan.
Sementara itu, pemegang tiket PS1, PS2 dan PS3 pula akan menerima satu keping random group selfie photocard.
Tiket bagi konsert ini ditawarkan pada harga RM798 untuk VIP, manakala PS1 berharga RM698, PS2 RM598 dan PS3 pada harga RM398.
Tiket telah mula dijual pada 1 September 2026, jam 12 tengah hari dan boleh didapati menerusi platform Fantopia serta BookMyShow.
The post KISS OF LIFE, 82MAJOR, WHIB & Ismail Izzani Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Menerusi ‘IDOL Radio’ Oktober Ini first appeared on OHBULAN!.





