28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Tak Perlu Jodohkan Saya Dengan Fuji, Dia Pun Dah Muak’ – Aisar Khaled

    Shopee Sale

    Pempengaruh media sosial, Aisar Khaled tampil memberi penjelasan selepas isu melibatkan dirinya dan pempengaruh Indonesia, Fuji, menjadi perhatian warganet.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisar Khaled ‘Gentleman’ Mengorat Influencer Depan Bapa, Siap Tanya Berapa Hantaran – ‘Kalau RM28,000 Ni Cukup Tak?’

    MENARIK:  Didakwa Gesa Anak Ambil Semula Hak Penjagaan Kedua Cucu, Ibu Aliff Aziz Titip Pesanan Buat Penabur Fitnah

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dipuji ‘Handsome’ Berbanding Aisar Khaled, Niat Aliff Syukri Nak Berkenalan Dengan Fuji Kena ‘Kacau’ Dengan Anak

    ‘Allah dah tetapkan siapa jodoh kita’

    " data-video-id="7548828873337654533" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @tidak.ada.nama019

    Ahhhh…….nggk bisa brkata2 lgi.yg jelas Aq jg minta ma’af ke kalian..🥺🙏 #aisarkhaledd #aisarsultanmalaysia #fuji #fujiantiutami #bahagiaselalu

    ♬ Renungan Diri – Yuda Pratama

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Aisar memohon agar netizen tidak lagi mengaitkan mereka berdua sebagai pasangan kerana menyedari perkara itu membuatkan Fuji kurang selesa.

    Allah dah tetapkan siapa jodoh kita, rezeki dan umur kita. Setiap orang yang hadir pasti akan pergi, inilah kehidupan.

    Korang boleh terus menyokong saya dan dia (Fuji). Tak perlu jodoh-jodohkan kami, saya tahu dia pun dah muak dan saya faham. Saya pun ada rasa seperti itu.

    Dalam kesempatan sama, Aisar turut memohon maaf kepada Fuji sekeluarga sekiranya sepanjang perkenalan, ada kata-kata atau tindakannya yang menyinggung perasaan mereka.

    Kepada Fuji dan keluarga, saya minta maaf kalau selama perkenalan kita sementara ini andai saya ada salah bicara atau tindakan, saya minta maaf. 

    Saya harap selepas ini, tiada lagi perkara negatif berlaku dan walaupun kita dah tiada apa-apa, saya cuma nak minta maaf kalau ada salah silap sepanjang saya berada di Indonesia.

    Aisar juga menegaskan bahawa selepas ini dia akan lebih berhati-hati agar tidak lagi mencetuskan salah faham terutamanya melibatkan Fuji.

    Selepas daripada ini, saya tidak akan bercakap atau membuat sesuatu yang boleh jadikan situasi menjadi negatif. 

    Saya doakan Fuji sekeluarga berjaya dunia dan akhirat.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Tak Perlu Jodohkan Saya Dengan Fuji, Dia Pun Dah Muak’ – Aisar Khaled first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah