32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aizat Amdan Perjelas Sebab Jarang Lancar Lagu Baru – ‘Saya Macam Beruang, Keluar Bila Lapar’

    Shopee Sale

    Selepas sekian lama tidak tampil dengan karya baharu, penyanyi dan komposer, Aizat Amdan kembali mewarnai industri muzik tanah air menerusi single berjudul Ajar Aku hasil kolaborasi bersama Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Yuna.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aizat Amdan Tetap Pendirian – ‘Bruno Mars Memang Penyanyi Hebat, Tapi Saya Tak Akan Tutup Mata Untuk Ke Konsert Dia’

    ‘Duduk dalam gua’

    Menurut Aizat, 37, kemunculan semula kali ini hadir pada waktu yang tepat selepas melalui fasa ‘berehat’ daripada menghasilkan karya secara aktif.

    Kalau ibarat haiwan, saya macam beruang yang hibernasi. Duduk dalam gua, kemudian keluar bila lapar. Jadi sekarang saya sedang ‘lapar’.

    Saya rasa dalam hidup ini akan ada beberapa momen istimewa dan ini salah satu momen yang saya sendiri tak sangka dapat bekerjasama dengan SOG dan Yuna.

    Aizat berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu Ajar Aku di Ampang, baru-baru ini.

    Tambah bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima itu, kolaborasi berkenaan merupakan satu rezeki besar yang tidak pernah dijangka dalam perjalanan seninya.

    Ini adalah satu kejutan yang Allah beri kepada saya. Saya sangat bersyukur dengan rezeki yang tidak pernah disangka.

    Kalau ikutkan hati, saya memang tak mahu ada momen sepi. Nak sentiasa ada lagu baharu dan trending setiap masa. Tapi hakikatnya tak boleh juga sebab ada kekangan tertentu.

    Berkongsi mengenai pembikinan lagu Ajar Aku, Aizat berkata karya tersebut sangat dekat dengan dirinya kerana membawa mesej keinsafan dan hubungan manusia dengan Tuhan.

    Idea lagu ini datang secara rawak apabila saya berbual dengan SOG untuk hasilkan sebuah lagu yang ada mesej keinsafan.

    Secara peribadi, ada ketika saya rasa komunikasi dengan Tuhan seperti sudah pudar dan saya perlu ‘retune’ semula diri saya. Maksud pudar itu bila ada ketika saya tertinggal solat dan sebagainya.

    Kolaborasi antara Aizat, SOG dan Yuna itu juga dilihat sebagai gabungan unik apabila menyatukan elemen muzik pop, alternatif dan post-hardcore dalam satu karya yang sarat emosi serta mesej mendalam.

    MENARIK:  ‘Saya Idamkan Trofi Oscar, Itu Anugerah Paling Legit’ – Meerqeen

    The post Aizat Amdan Perjelas Sebab Jarang Lancar Lagu Baru – ‘Saya Macam Beruang, Keluar Bila Lapar’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah