31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Setelah Beberapa Tahun, Akhirnya Saya Dapat Menuntut Hak Sebagai Ayah’ – Adam Shahz

    Shopee Sale

    Pelakon Adam Shahz meluahkan rasa lega selepas kes hadanah yang membabitkan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia akhirnya selesai pada hari ini.

    Artikel Berkaitan: Fatin Afeefa Syukur Kes Hadanah Selesai, Dapat Hak Jagaan Penuh Ivy – ‘Selepas Tiga Tahun …’

    Artikel Berkaitan: Adam Shahz Hampir ‘Terkena’ Bagi Pinjam Duit, Janji Ambil Berlakon Tapi Senyap

    Adam ucap syukur

    View on Threads

    Menerusi hantaran terbaharu di Threads, Adam atau nama lengkapnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, turut bersyukur apabila dirinya juga telah berjaya mendapat hak melawat dan bermalam.

    Alhamdulillah, dengan izinNYa. Setelah beberapa tahun turun naik (mahkamah), akhirnya saya dapat menuntut hak saya sebagai ayah.

    Hak melawat dan bermalam.

    Meskipun permohonan Adam untuk mengemukakan pindaan hak penjagaan penuh tidak dipersetujui, namun dia tetap reda dan menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

    Walaupun pada mulanya saya kemukakan pindaan untuk memberi sepenuhnya hak jagaan anak tidak dipersetujui pihak defender.

    Terima kasih Allah.

    Terdahulu, bekas isteri Adam iaitu aktres Fatin Afeefa memaklumkan bahawa hak penjagaan penuh terhadap Ivy kekal diberikan kepadanya selaku ibu kandung.

    MENARIK:  REV Media Group & Remix Bergabung Untuk Cipta Era Baharu Pemasaran Affiliate Di Malaysia!

    Untuk rekod, Ivy merupakan zuriat hasil perkahwinan mereka yang mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 sebelum bercerai pada 30 Mei 2017.

    Sumber: Threads

    The post ‘Setelah Beberapa Tahun, Akhirnya Saya Dapat Menuntut Hak Sebagai Ayah’ – Adam Shahz first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah