30 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sultan Selangor: Agenda perpaduan Melayu bukan memusuhi kaum lain

    Shopee Sale

    Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menegaskan bahawa usaha memperkukuh perpaduan orang Melayu di negara ini tidak seharusnya disalah tafsir sebagai satu agenda untuk bermusuhan dengan kaum-kaum lain.

    Dalam satu perutusan sempena Aidiladha 2026 yang dikeluarkan dari Istana Alam Shah, Klang, hari ini, Sultan Sharafuddin bertitah, kekuatan sesuatu bangsa yang hidup bersatu padu sebaliknya akan menyumbang kepada pembentukan negara yang lebih aman, stabil, serta memupuk sikap saling menghormati dalam kalangan rakyat.

    Sultan Sharafuddin Idris Shah

    "Beta mahu menegaskan bahawa perpaduan orang Melayu tidak harus disalah tafsir sebagai usaha untuk bermusuhan dengan semua kaum lain di negara ini. Sebaliknya, kekuatan sesuatu bangsa yang hidup bersatu akan menjadikan negara lebih aman, stabil dan rakyatnya saling hormat menghormati.

    “Di kesempatan sambutan Aidiladha ini juga, Beta mahu agar semua kaum, bangsa dan semua agama di Negara ini saling hormat menghormati sensitiviti antara satu sama lain dan hidup aman damai," titah baginda tanpa menyebut sebarang kejadian.

    Kontroversi tercetus bulan lalu, apabila Adun Seri Kembangan dari DAP, Wong Siew Ki menggesa kerajaan Selangor menimbang semula pendekatan terhadap penternakan babi, termasuk meneroka sistem moden dan terkawal.

    MENARIK:  'Perlukah pembangkang isyitihar harta demi peruntukan?

    Dia kemudian dituduh "biadab dan derhaka" kerana mengengkari titah Sultan Selangor yang berpendirian tegas tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Selangor.

    Isu itu semakin panas apabila selepas Sultan Selangor pada 19 Mei lalu menasihatkan semua wakil rakyat, khususnya Wong dan bekas pemimpin DAP Ronnie Liu membaca Rukun Negara.

    Dalam perutusan hari ini, Sultan Sharafuddin turut menyatakan kebimbangan baginda terhadap kekerapan pertelingkahan dan perselisihan yang berlaku dalam kalangan ahli politik sejak akhir-akhir ini, yang dilihat boleh menimbulkan keresahan kepada rakyat.

    “Semua pihak seharusnya mengambil iktibar daripada sejarah lampau apabila perpecahan orang Melayu Islam telah membuka ruang kepada pihak luar untuk mengambil kesempatan dan melemahkan kuasa serta kedudukan bangsa Melayu di tanah air sendiri,” titah baginda.

    Di samping itu, sempena sambutan Aidiladha, baginda turut menyeru seluruh masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia supaya sentiasa menjaga sensitiviti antara satu sama lain dan hidup dalam kedamaian.

    Baginda juga mengambil contoh era kegemilangan Kerajaan Uthmaniyyah sebagai bukti tamadun Islam mampu mencapai kejayaan besar apabila masyarakat berbilang bangsa hidup harmoni di bawah pemerintahan Islam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah