Berita baik buat ibu bapa di Malaysia! Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru sahaja mengumumkan kadar dividen Simpan SSPN bagi tahun 2025 sebanyak 4.10%.
Satu angka yang bukan saja meningkat daripada 4.05% tahun lalu, malah menjadi yang tertinggi dalam tempoh 11 tahun terakhir.
Jumlah agihan dividen kali ini mencecah RM505.68 juta sekaligus mengukuhkan lagi keyakinan masyarakat Malaysia terhadap Simpan SSPN sebagai instrumen simpanan pendidikan jangka panjang.
Pelepasan taksiran cukai buatkan Simpan SSPN jadi pilihan Encik Azam

Bagi Azam Anwar, 38 tahun, pengumuman dividen ini menguatkan lagi keputusannya untuk menyimpan dalam Simpan SSPN demi masa depan pendidikan anak lelakinya yang kini berusia 9 tahun.
Menurutnya, faktor utama memilih Simpan SSPN adalah kerana manfaat pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000. Selain itu pulangan yang berbaloi, konsisten serta berisiko rendah menjadikan Simpan SSPN sebagai instrumen pelaburan untuk pendidikan yang terbaik buat masa depan anak-anaknya.
Lebih menyentuh hati, Azam turut berkongsi bahawa suatu ketika dahulu, PTPTN sendiri membantu beliau menamatkan pengajian.
Dengan ekonomi yang tidak menentu, saya rasa penting untuk ada simpanan yang stabil dan beri pulangan yang baik.
Simpan SSPN ni bukan sahaja menguntungkan, tapi dapat pelepasan taksiran cukai pendapatan juga. Memang lengkap,” kongsi Azam selaku ayah yang prihatin.
Simpanan patuh syariah antara yang menjadi keutamaan Puan Nurul

“Sebenarnya saya dah mula menyimpan sejak anak sulung lahir. Setiap tahun saya tetapkan sedikit jumlah untuk Simpan SSPN.
Bila tengok dividen tahun ini, rasa sangat dihargai dan semakin yakin untuk terus menyimpan,” kongsi wanita berusia 30 tahun ini.
“Dividen simpanan yang tinggi buatkan saya berminat untuk menyimpan di Simpan SSPN” — Puan Azlin kongsi pengalaman

Mengetahui mengenai Simpan SSPN berjaya merekodkan dividen tertinggi dalam 11 tahun terakhir iaitu 4.10%, Puan Nor Azlin tampil berkongsi hasratnya untuk mulai menyimpan di Simpan SSPN demi masa depan anak.
Lebih menarik perhatian, Simpan SSPN patuh syariah antara yang menguatkan beliau untuk menyimpan melalui instrumen simpanan tersebut.
“Jika sebelum ini saya menyimpan duit anak di sebuah bank terkemuka, kini saya berminat untuk membuat simpanan melalui Simpan SSPN.
Manfaat simpanan dengan pulangan dividen yang tinggi dan konsisten setiap tahun antara yang membuatkan saya berminat untuk menabung demi pendidikan anak.
Lebih penting, beliau mengakui simpanan ini memberi ketenangan fikiran sebagai seorang ibu.
Bukan sekadar dividen, ini kelebihan Simpan SSPN ramai tak tahu

Selain pulangan dividen yang kompetitif, Simpan SSPN sebenarnya datang dengan pelbagai manfaat tambahan:
- Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun
- Perlindungan takaful percuma ke atas pendeposit
- Geran Sepadan percuma sehingga RM10,000
- Patuh Shariah
- Simpanan dijamin Kerajaan
Tidak cukup dengan itu, kerajaan juga memperluaskan Inisiatif Geran Padanan Ihsan (GAPAI).

Menerusi insentif terbaru ini, keluarga berpendapatan antara RM4,000 hingga RM6,000 kini boleh memohon geran sepadan sehingga RM5,000. Satu peluang besar untuk gandakan simpanan anak!
Siap ada cabutan hadiah hampir RM1.4 juta!
Kalau korang suka ‘extra motivation’, PTPTN juga sedang menjalankan Kempen Cabutan Simpan SSPN 2026 di mana korang berpeluang memenangi hadiah hampir RM1.4 juta!
Lebih menarik, kempen ini terbuka kepada semua pendeposit sepanjang tahun.
Menabung sambil berpeluang menang hadiah? Memang win-win!

Dengan kadar dividen yang semakin kompetitif dan pelbagai manfaat tambahan, Simpan SSPN dilihat sebagai antara produk simpanan pilihan terbaik untuk ibu bapa yang mahu merancang masa depan pendidikan anak-anak.
Bak kata orang, “Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.”
Jadi, kalau belum mula… mungkin sekarang masa paling sesuai!
The post Tertinggi Dalam Tempoh 11 Tahun Terakhir! Dividen Simpan SSPN Cecah 4.10%, Ramai Ibu Bapa Senyum Lebar first appeared on OHBULAN!.





