30 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Norreen Iman Sah Bercerai Talak Satu

    Shopee Sale

    Pelakon dan pempengaruh media sosial, Norreen Iman sah bercerai talak satu dengan suami, Mohd Raizi Abd Razak di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis.

    Artikel Berkaitan: ‘Jangan Sesekali Cakap Dunia Kejam Pada Lelaki Miskin’ – Norreen Iman Imbau Zaman Duduk Flat Dengan Suami, Makan Sehari RM5

    Talak satu

    Perkhabaran itu dikongsikan menerusi Instagram Melodi Terhangat yang memaparkan pasangan berkenaan hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan proses perceraian mereka.

    Bagaimanapun, kedua-dua pihak tidak memberikan sebarang kenyataan sejurus prosiding selesai.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menzahirkan rasa simpati selain mendoakan agar Norreen dan bekas suami dapat meneruskan kehidupan dengan baik demi anak-anak mereka.

    MENARIK:  TikTokers Kembar 3 Terkejut Netizen dengan Tampil ‘Free Hair’ Ketika ‘Live’ – ‘Biasanya Pakai Tudung, Kontroversi Dunia Akhir Zaman’

    Malah, ramai juga berharap hubungan mereka kekal harmoni walaupun tidak lagi bergelar suami isteri.

    Terdahulu, pasangan itu pernah hadir ke mahkamah bagi prosiding tuntutan pengesahan lafaz cerai, namun ketika ditemui media sebelum ini, Norreen menafikan rumah tangganya sedang dilanda masalah.

    Sebelum ini, timbul spekulasi mengenai keretakan rumah tangga mereka apabila Norreen dan Raizi dilihat tidak lagi berkongsi foto atau kandungan bersama di media sosial termasuk ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

    Untuk rekod, Norreen dan Raizi mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata.

    Suumber: Melodi

    The post Norreen Iman Sah Bercerai Talak Satu first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah