28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pengambilalihan saham IJM Corp: SPRM siasat dua individu

    Shopee Sale

    Dua kertas siasatan membabitkan pengambilalihan sukarela IJM Corporation oleh Sunway Bhd masih dibuka dan aktif susulan penemuan unsur berkaitan penyelewengan dalam urusan berkenaan.

    Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata siasatan mendapati terdapat elemen yang boleh disiasat di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA), melibatkan dua individu.

    Beliau berkata setakat ini SPRM telah merakam keterangan 13 individu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

    "Kertas siasatan kes ini masih aktif kerana melalui siasatan yang dijalankan oleh SPRM, kita mendapati wujud unsur-unsur yang boleh disiasat di bawah undang-undang berkaitan,” katanya kepada Bernama selepas melakukan lawatan kerja ke pejabat SPRM Selangor, di Shah Alam, semalam.

    Mengulas perkembangan lain, Abdul Halim mengesahkan siasatan SPRM terhadap Pengerusi IJM Corporation Tan Sri Krishnan Tan telah diklasifikasikan sebagai ‘Tiada Tindakan Lanjut’ selepas mendapati tiada unsur jenayah, salah laku atau pelanggaran tadbir urus korporat.

    MENARIK:  'Kejayaan anjur sidang kemuncak Asean tonjolkan M'sia kuasa diplomasi global''

    Beliau berkata siasatan mendapati cadangan pengambilalihan berkenaan dijalankan mengikut rangka kerja perundangan dan kawal selia yang ditetapkan Suruhanjaya Sekuriti, namun cadangan itu kemudiannya dibatalkan oleh Sunway Bhd.

    Dalam pada itu, Abdul Halim berkata siasatan berkaitan dakwaan pengubahan wang haram bernilai RM2.5 bilion juga didapati tidak berasas selepas SPRM menjalankan siasatan bersama Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Serious Fraud Office (SFO) United Kingdom.

    “Hasil siasatan mendapati ia merupakan aset kecil dalam bentuk pelaburan kewangan sah melalui institusi perbankan antarabangsa dan diuruskan secara profesional mengikut saluran undang-undang,” katanya.

    Beliau berkata SFO United Kingdom juga mengesahkan tidak pernah menjalankan sebarang siasatan berkaitan dakwaan pengaliran wang berkenaan.

    Pada Mac lepas, SPRM memaklumkan pihaknya membuka kertas siasatan berhubung beberapa isu membabitkan syarikat berkenaan termasuk transaksi kewangan dan pelaburan luar negara bernilai kira-kira RM2.5 bilion.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah