Ibu kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil tampil bersuara berhubung kenyataan fitnah terhadap diri dan anak lelakinya, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Titip Ucapan ‘Birthday’ Untuk Ayden & Ara – ‘Cucunda Berdua Penyambung Keturunan Kami’
Artikel Berkaitan: Bella Astillah Dedah Sisi Sebenar Ibu Mentua, Siti Hafizah Dah Jangka Diserang Netizen – ‘Cyber Troopers Tak Berbayar Memang Terbaik’
Penabur fitnah

Menerusi perkongsian di Instagram, Hafizah memuat naik tangkap layar yang mendakwa dia menyatakan Aliff mempunyai hak untuk mengambil kembali cucu-cucunya, Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Bagaimanapun, Hafizah menyifatkan kenyataan itu adalah fitnah yang dibuat oleh individu yang membencinya.
Inilah yang dapat saya ucapkan buat penabur fitnah yang tidak berkesudahan. Kasihan.
Teruskanlah jika ini membuat awak tenang dan bahagia. Kami tetap memaafkan dan mendoakan kesejahteraan anda dengan lapang dada.
Syukur Allah maha baik dan berikan kami ketenangan jiwa.
Terdahulu, Hafiza menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran dua orang cucunya.
Menerusi catatan yang dimuat naik di media sosial, wanita yang mesra dipanggil Umi Wan oleh keluarga itu meluahkan rasa syukur atas pertambahan usia cucu-cucunya.
Sumber: Instagram
The post Didakwa Gesa Anak Ambil Semula Hak Penjagaan Kedua Cucu, Ibu Aliff Aziz Titip Pesanan Buat Penabur Fitnah first appeared on OHBULAN!.





