31.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ustaz Shafiq Kongsi Doa Mustajab 10 Hari Awal Zulhijjah

    Shopee Sale

    Pempengaruh Islamik, Ustaz Shafiq Maslin berkongsi satu amalan doa yang boleh diamalkan umat Islam khususnya sepanjang 10 hari terawal bulan Zulhijjah yang dianggap penuh keberkatan.

    Artikel Berkaitan: ‘Joging Aku Lagi Wajib Dari Solat Hari Raya Aidiladha’

    Doa

    Menerusi hantaran di TikTok, Ustaz Shafiq berkata malam Jumaat juga merupakan antara waktu yang sangat baik untuk memperbanyakkan doa dan amalan soleh.

    Malam ini malam Jumaat. Kata Imam Syafi’i, malam Jumaat adalah salah satu malam yang doa akan dimakbulkan. Tambahan pula sekarang kita masih berada dalam 10 hari terawal Zulhijjah.

    Menurutnya lagi, Rasulullah SAW sendiri pernah menyebut bahawa amalan soleh yang dilakukan pada hari-hari tersebut merupakan antara amalan paling dicintai Allah SWT.

    Rasulullah SAW beritahu kepada kita, amalan soleh yang dilakukan dalam 10 hari terawal Zulhijjah adalah paling dicintai Allah.

    Maksudnya, berdoa juga termasuk dalam amalan soleh. Jadi nak doa apa pun boleh… nak kaya, murah rezeki, masuk syurga atau dijauhkan daripada api neraka.

    Dalam pada itu, Ustaz Shafiq turut mengingatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan doa yang sering diamalkan Rasulullah SAW sepanjang kehidupan baginda.

    Minta apa sahaja sekali pun, tetapi jangan lupa satu doa yang kerap dibaca oleh Nabi. Doa itu memohon kepada Allah supaya dikurniakan kebaikan dunia dan akhirat. Apa lagi yang kita mahu selain kebaikan dunia dan akhirat.

    Semoga Allah menerima dan memakbulkan segala hajat kita yang berdoa serta memohon kepada-Nya.

    Sekadar info, umat Islam di seluruh negara bakal menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban pada 27 Mei ini.

    MENARIK:  Fara Salleh Puji Aiman Tak Kesah Teman Siti Jamumall Pergi Klinik – ‘Ada Spesis Bab* Tahu Main Lepas Sperm, Lepas Tanggungjawab Anak’

    Sumber: TikTok

    The post Ustaz Shafiq Kongsi Doa Mustajab 10 Hari Awal Zulhijjah first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah