Personaliti media sosial, Zhiddin Aziz, meluahkan rasa kecewa terhadap sikap pengacara majlis yang didakwa menggunakan hasil kerjayanya tanpa izin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zhiddin Aziz ‘Throwback’ Ucapan Raya Arwah Aziz Desa – ‘Kita Datang Sebagai Tetamu Senja, Bila Pulang Bawa Dosa Pahala’
Artikel Berkaitan: ‘Nasi Lemak Hilang Identiti Tiada Yang Tegur, Tapi Bila Makanan Barat.. Dia Paling Cepat Menjaga’ – Zhiddin Aziz
Luahan Zhiddin
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Zhiddin atau nama lengkapnya Mas Zhiddin Zhiddan Abdul Aziz mempersoalkan tindakan pengacara majlis tersebut selepas menonton videonya yang mendapat perhatian ramai di media sosial.
Terjumpa akaun ni buat konten emcee (pengacaraan), ayat saya ditiru sebijik-sebijik tanpa kredit.
Video dia buat ambil ayat saya, tontonan mencecah sejuta.
Bukan itu sahaja, pengacara majlis tersebut turut didakwa memberi izin kepada orang lain untuk menggunakan skrip pengacaraan yang asalnya dihasilkan oleh Zhiddin.
Lepas tu ada pula yang komen, ‘nak izin tiru ayat ya.’ Dia, ‘silakan.’
Wah! Macam ayat sendiri pula.
Tadi cari balik video dia, komen tu dah kena padam.
Kesal dengan tindakan tersebut, Zhiddin menyelar individu berkenaan dan menasihatinya supaya menghasilkan skrip pengacaraan sendiri.
Kenapa sampai macam itu sekali?
Emcee? Takkan tak reti buat sendiri.
Saya tengok dia follow saya pun tak, ibarat pergi kelas nak belajar, tapi mengintai dari luar kelas.
Sumber: Threads
The post Zhiddin Aziz Kesal, Dakwa Pengacara Majlis Tiru Ayat Tanpa Kredit – ‘Takkan Tak Reti Buat Sendiri?’ first appeared on OHBULAN!.





