Penyanyi Aisha Retno memberikan respon berhubung hantaran seorang individu di platform Threads yang didakwa ditujukan kepadanya.
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Kabel, Tidak Kerana Seseorang Itu Terkenal..Semua Orang Dilayan Dengan Sama’ – Aisha Retno
Artikel Berkaitan: Aisha Retno Dipilih Sebagai Puteri Gunung Ledang – ‘Akan Aku Galas Tanggungjawab Gusti Puteri Ini’
Penjelasan Aisha

Ketika ditemui , Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak mengambil pusing akan hal tersebut.
Saya anggap ini seperti jentikan daripada Allah sebab Allah itu adil. Kadang-kadang Allah nak bagi rezeki, lepas tu tiba-tiba Allah jentik sikit nak tengok macam mana kita respon.
Ini adalah secara umum, apabila kita sudah di atas, kita jangan berada dalam zon selesa.
Kadang-kadang rezeki juga membawa kepada bala ataupun cabaran. Jadi, kena sentiasa bersyukur dan bersedia.
Tambah Aisha lagi, jika individu tersebut mengeluarkan kenyataan yang melampaui batas, dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang andai perkara itu berlanjutan.
Saya tidak ada komen sebab saya dengar ura-ura itu pun individu berkenaan tidak menyebut nama saya.
Dia tidak salah, mungkin dia hanya mahu luahkan apa yang terpendam. Jadi, saya tidak ada komen berkenaan perkara itu lah.
Saya hanya mahu fokus kepada diri sendiri sahaja. Dan benda-benda seperti ini, mahkamah adalah jawapan yang terakhir kalau ia masih berpanjangan.
Jadi, kalau nak menyalak, silakan. Tidak mengapa. Yang penting, dia tidak menyebut nama saya.
Aisha berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Latihan Pesta Pora yang berlangsung di Royal Selangor Club pada Khamis.
Menurut Aisha, tidak ada perancangan di antara kedua-dua belah pihak mengenai isu berkenaan.
Walau bagaimanapun, pelantun lagu Jodoh Lebaran itu memilih untuk memberikan fokus kepada komitmen kariernya yang semakin sibuk.
Lagi sekali, saya tidak ada komen sebab semua ini di alam maya. Kita tidak pernah ada apa-apa perjumpaan.
Jadi, saya tidak mahu nak respon macam mana. Jadi, biarkan pihak yang lebih arif untuk selesaikan masalah ini.
Dan saya hanya akan teruskan kehidupan sahaja. Banyak lagi benda yang kena fokus iaitu Anugerah Juara Lagu, Puteri Gunung Ledang, Pesta Pora dan saya juga rancang untuk keluarkan album.
Terdahulu, individu berkenan membuat beberapa hantaran di Threads menuntut seseorang untuk melunaskan hutang yang tertangguh.
Menerusi beberapa komen, warganet dilihat memetik nama Aisha memandangkan mereka pernah kolaborasi sebelum ini.
The post Aisha Retno Tak Ambil Pusing Hantaran Individu Didakwa Mahu Tuntut Hutang – ‘Yang Penting Dia Tak Sebut Nama Saya’ first appeared on OHBULAN!.





