26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Surah Yasin Bukan Hanya Untuk Orang Nazak, Malah Doa Keampunan & Dipermudahkan Urusan’ – PU Riz

    Shopee Sale

    Pendakwah selebriti terkenal, PU Riz, menjelaskan bahawa amalan membaca Surah Yasin bukanlah khusus untuk individu yang sedang nazak atau meninggal dunia semata-mata.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Riz Bersama Izzah Anwar Edar Juadah Berbuka, Semarakkan Aktiviti Hafalan Surah Dengan Warga PPR

    MENARIK:  Remaja 14 Tahun Bakar Rumah, ‘Naik Hantu’ Gara-Gara Ibu Bapa Tak Belikan Telefon Baharu

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] PU Riz Puji Kelas KAFA Pendidikan Khas: ‘Mereka Mempunyai Semangat Dakwah Tinggi’

    Fadilat amal

    " data-video-id="7618162651771817237" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @sembangseram

    Hgpa ni pun, asal baca yassin je sebab orang nak meninggal. Ish3 👀 #harisismail #sembangseram #podcast #horrorstory #kisahseram

    ♬ original sound – sembangseram – sembangseram

    Menerusi podcast Sembang Seram di TikTok, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail turut berkongsi bahawa amalan tersebut dilakukan sebagai usaha untuk memudahkan urusan kehidupan serta sebagai satu bentuk ibadah yang membawa kebaikan.

    Menurutnya, amalan ini turut bersandarkan dalil dan boleh dilakukan sebagai fadilat amal.

    Surah Yasin bukanlah perlu dibaca hanya ketika seseorang itu sedang nazak atau hampir meninggal dunia.

    Sebenarnya, amalan membaca Surah Yasin ini dilakukan untuk memohon agar dipermudahkan segala urusan.

    Amalan ini juga mempunyai sandaran dalam hadis dan termasuk dalam fadilat amalan yang digalakkan.

    Diampunkan dosa

    Selain itu, suami kepada selebriti Neelofa itu turut menambah bahawa apabila Surah Yasin dibaca pada waktu malam, amalan tersebut dikatakan membawa keampunan pada keesokan harinya sebagaimana yang disebut dalam hadis.

    Membaca Surah Yasin pada waktu malam disebutkan dapat membawa keampunan pada keesokan harinya.

    Oleh itu, melalui amalan membaca Surah Yasin ini, kita berharap agar dosa diampunkan, sama ada bagi orang yang membacanya mahupun orang yang diniatkan bacaan tersebut.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Surah Yasin Bukan Hanya Untuk Orang Nazak, Malah Doa Keampunan & Dipermudahkan Urusan’ – PU Riz first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah