Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun didakwa membakar rumah keluarganya selepas ibu bapanya enggan membelikannya telefon bimbit baharu.
Artikel Berkaitan: Suami Kel*r Isteri Hingga M*ti, Cuba Bakar Rumah Mentua
Artikel Berkaitan: Bakar Rumah Isteri, Lelaki Jadi Dalang Kes Rogol Ibu Mentua Dicekup Polis
Waran ditolak

Memetik laporan The Korea Herald, kejadian tersebut berlaku di blok kediaman di bandar utara Gwangju, Seoul, Korea pada 20 November lalu.
Remaja itu memulakan kebakaran pada kira-kira jam 10:52 malam dengan menggunakan pemetik api di bilik tidurnya yang terletak di tingkat tiga sebuah blok apartmen di bandar utara Gwangju.
Menurut pihak polis, anggota bomba berjaya memadam kebakaran itu, kira-kira 20 minit, namun api telah memusnahkan semua barangan rumah di unit tersebut.
Walau bagaimanapun, seramai tujuh belas penghuni di blok berkenaan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut selepas terhidu asap.
Remaja itu mengaku membakar rumah tersebut kerana dendam selepas ibu bapanya enggan menukarkan telefonnya kepada model baharu yang boleh mengakses media sosial.
Difahamkan, pihak berkuasa memaklumkan bahawa mahkamah menolak permohonan waran tersebut selepas sesi pra-tangkapan, memandangkan gadis itu dikategorikan sebagai ‘remaja di bawah 19 tahun’ menurut Akta Juvana.
Sumber: The Korea Herald
The post Remaja 14 Tahun Bakar Rumah, ‘Naik Hantu’ Gara-Gara Ibu Bapa Tak Belikan Telefon Baharu first appeared on OHBULAN!.





