29.1 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Sasha Abdul Aziz Bangga Suami Mualaf Sudah Mahir Baca Tulisan Arab

    Shopee Sale

    Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz meluahkan rasa bangga apabila suaminya, Daily Doseof Liu, yang juga seorang mualaf, kini sudah mahir membaca dalam tulisan Arab.

    Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Selamat Bersalin Anak Ketiga

    Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Syukur Selesai Khatam Al-Quran Sebelum Bersalin Anak Ketiga – ‘Memang Mengaji Untuk Idris’

    Azan anak ketiga

    Menerusi perkongsian di Threads, Sasha berkata sebelum ini suaminya membaca surah Al-Quran dalam bentuk rumi.

    Namun selepas kelahiran anaknya yang ketiga, Daily sudah mahir melafazkan azan mengikut bacaan dalam tulisan arab.

    Selalu suami baca dalam bahasa rumi tetapi kalau ini dia sudah pandai baca dalam tulisan arab.

    Walaupun masih belum menguasai bacaan azan sepenuhnya, namun kesungguhan Daily dalam melafazkan membuatkan Sasha terharu.

    MENARIK:  Insomniacks & Yonnyboii Lancar ‘Bersuara’, Ajak Pendengar Lebih Berani & Lawan Penindasan

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, netizen turut bergembira melihat perjalanan Daily sebagai seorang mualaf berubah ke arah menjadi muslimat sejati.

    Terdahulu, Sasha selamat melahirkan anak ketiga yang diberi nama Idris Harris Liu pada jam 9.21 pagi Isnin.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Sasha Abdul Aziz Bangga Suami Mualaf Sudah Mahir Baca Tulisan Arab first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah