Pelakon dan pengacara popular, Roslan Shah menjelaskan dia tidak pernah menyimpan perasaan cemburu atau berkecil hati apabila nama usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV) kini dikaitkan dengan cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob.
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa KRU Pilih DSV Tapi Bukan Saya? – Roslan Shah Persoal Vida Nyanyi ‘Lagu Happy’
Artikel Berkaitan: Vida Belikan Roslan Shah Hadiah Sempena ‘Birthday’ – ‘Terima Kasih Atas Segala Kebaikan, Semoga Dikurniakan Syurga’
Reda dengan ketentuan

Sebaliknya, Roslan mengakui dia lebih selesa melihat individu yang disayanginya hidup bahagia dan percaya setiap yang berlaku sudah pun ditentukan oleh Allah.
Roslan berkata dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat DSV dan Fazley sekiranya benar mereka mempunyai jodoh.
Kalau benar mereka ditakdirkan bersama, saya doakan semoga hubungan itu berkekalan dan dipermudahkan segala urusan. Saya hanya mahu melihat orang yang saya sayang bahagia.
Menurut Roslan atau lebih mesra disapa Cik Lan, dia tidak pernah menganggap isu jodoh sebagai sesuatu yang perlu dipaksa. Baginya, setiap insan sudah mempunyai aturan hidup masing-masing dan dia reda dengan segala ketentuan.
Bagi saya mudah saja, jodoh dan ajal semuanya di tangan Tuhan. Kalau benar Fazley dan DSV ada jodoh, saya tumpang gembira.
Saya memang rapat dan baik dengan DSV dan anak-anak, tapi tak semestinya kalau tak sampai ke pelamin, kita kena kecewa. Yang penting hubungan persahabatan tetap dijaga.
Dalam masa sama, Roslan turut mengulas mengenai komen segelintir netizen yang sering mengaitkan dirinya dengan DSV sebelum ini. Malah, ada juga yang mendakwa Fazley telah ‘merampas’ usahawan terkenal itu daripadanya.
Bagaimanapun, pelakon berusia 50 tahun itu menegaskan dakwaan tersebut langsung tidak berasas kerana dia sendiri tidak mengetahui sejauh mana hubungan yang terjalin antara DSV dan Fazley.
Ramai yang DM dan tinggalkan komen tanya kenapa saya tak bersama DSV atau kata Fazley sudah ‘rampas’ dia.
Bagi saya, tak timbul soal rampas-merampas.
Kita tak tahu sejauh mana hubungan mereka, tetapi saya sentiasa mendoakan yang baik-baik. Kalau itu jodoh mereka, Alhamdulillah.
Hubungan persahabatan tidak terjejas

Bercerita lanjut, Roslan berkata hubungan baiknya dengan DSV dan keluarga masih utuh sehingga hari ini. Malah, dia menyifatkan persahabatan yang terjalin jauh lebih bernilai berbanding memikirkan soal cinta yang belum tentu menjadi kenyataan.
Dulu Cik B dan Kacak pun boleh menerima saya dengan baik. Jadi saya tak pernah kecil hati.
Saya seorang yang terbuka dan percaya setiap orang ada rezeki masing-masing.
Cik B pun panggil saya Papa Lan. Hubungan kami sangat baik dan saya akan terus menyokong DSV kerana dia seorang yang sangat baik.
Tidak hanya itu, Roslan turut memaklumkan dia bakal kembali bergandingan dengan DSV bagi urusan kerja di Singapura dalam tempoh dua minggu lagi. Jelasnya, hubungan profesional mereka tidak pernah terjejas dan akan terus diteruskan atas dasar saling menghormati serta persahabatan yang telah lama dibina.
Bagi saya, soal jodoh letak tepi dahulu. Apa yang penting kami masih boleh bekerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain.
Bagi Roslan, setiap orang mempunyai rezeki dan jalan hidup yang berbeza. Justeru, dia memilih untuk terus menyokong DSV sebagai seorang sahabat tanpa mengharapkan apa-apa balasan selain melihat insan yang dikenalinya itu menikmati kebahagiaan dalam hidup.
The post [VIDEO] Roslan Shah Doa Yang Terbaik Buat Vida & Fazley Yaakob – ‘Tak Timbul Soal Rampas-Merampas’ first appeared on OHBULAN!.





