Penyanyi dan komposer, Harith Zazman dan isteri memilih untuk tidak menambah cahaya mata mereka buat masa ini.
Artikel Berkaitan: Harith Zazman Kini Bergelar Suami, Tak Tergesa Nak Ada Anak – ‘Waktu Sekarang Ini Tak Berapa Sesuai’
Fokus pada anak

Ketika ditemui , Harith atau nama lengkapnya Mohamad Harith Saifuzzaman, 32, menghargai pengorbanan isteri yang melahirkan dan membesarkan anak mereka.
Justeru itu, Harith mahu menumpukan perhatian kepada anak lelakinya, Farrel Ali yang kini berusia empat tahun.
Melihat isteri saya mengandung sembilan bulan, melihat dia melahirkan, saya rasa terharu.
Sebab untuk anak pertama, kami tiada ‘guide’. Jadi biarlah kami jaga dan fokus pada seorang anak saja dulu, selepas itu saya mahu dia rehat.
Anak kami sekarang sudah empat tahun, tapi sabar dahulu sebab saya pun mahu tengok anak lelaki saya membesar.
Harith berkata demikian ketika ditemui pada sidang media single terbaharunya Sempurna bersama Yonnyboii di Universal Music Malaysia pada Khamis.
Lagu Sempurna

Dalam pada itu, pelantun lagu Cute (Stoplah Being So Cute) ini juga mengakui menggalas tugas sebagai ketua keluarga membuatkannya menangguh dahulu untuk tampil dengan karya baharu.
Saya mengambil masa untuk keluarkan single sebab saya berkahwin dan kemudian dikurniakan anak, jadi saya beri ruang sebagai persediaan saya menjadi seorang bapa.
Pada awalnya saya juga tak tahu macam mana nak imbangkan sebab kena tidurkan anak dan sebagainya, jadi saya fokus kepada keluarga dulu barulah kembali merakamkan lagu.
Kerana perjalanan itulah yang membuatkan saya menghargai semua perkara kecil.
Tambah Harith, lagu Sempurna adalah sebuah dedikasinya kepada anak dan isteri tercinta.
Ya, untuk isteri dan anak saya. Sebab perkahwinan bersama isteri saya membuktikan di mana perbezaan itu sebenarnya adalah kesempurnaan. Maksudnya, bila kita ada perbezaan kita boleh boleh betulkan masing-masing.
Selepas berkahwin, saya sedar banyak perbezaan antara saya dan isteri. Kami datang daripada latar belakang yang berbeza dan kadang-kadang mempunyai pandangan yang bertentangan mengenai sesuatu perkara.
Tetapi perbezaan itulah yang membuatkan kami saling belajar dan memahami antara satu sama lain. Bagi saya, itulah maksud sebenar ‘sempurna’.
Menurut Harith, lagu yang ditulis bersama Yonnyboii dan Justin Seow itu adalah antara karya yang dihasilkan dengan penuh emosi dan inspirasi daripada pengalaman mereka sebagai suami dan bapa.
Ini mungkin lagu yang paling matang dan paling emosional pernah saya tulis. Saya menangis ketika menulis lagu ini kerana ia sangat dekat dengan pengalaman hidup saya sendiri.
Saya juga tidak sabar untuk berkongsi mesej lagu ini dengan semua orang.
Sempurna dilancarkan bersempena Hari Bapa merupakan sebuah karya yang meraikan kasih sayang, penerimaan dan penghargaan terhadap insan yang melengkapkan kehidupan.
Untuk info, Harith mendirikan rumah tangga bersama Nuramalina Ghakashah pada 28 Ogos 2020.
The post Harith Zazman Belum Rancang Tambah Cahaya Mata – ‘Saya Nak Tengok Anak Membesar Dahulu’ first appeared on OHBULAN!.





