29 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rashifa taruhan Muda di Puteri Wangsa, Amira sasar kerusi parlimen

    Shopee Sale

    Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengumumkan presidennya Amira Aisya Abdul Aziz tidak akan mempertahankan kerusi DUN Puteri Wangsa pada pilihan raya negeri (PRN) Johor kali ini.

    Sebaliknya parti itu mengemukakan calon muka baru iaitu Rashifa Aljunied, manakala Amira disasarkan untuk bertanding di kerusi parlimen dalam PRU ke-16.

    “Keputusan ini dibuat bagi memperkukuhkan perjuangan rakyat di peringkat nasional dan memastikan suara generasi muda, golongan pekerja serta rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup terus dibawa ke parlimen.

    “Muda mengumumkan Rashifa Aljuneid sebagai calon parti untuk meneruskan amanah rakyat di DUN Puteri Wangsa.

    “Puteri Wangsa mempunyai tempat yang istimewa dalam sejarah Muda. Di sinilah rakyat memberikan kepercayaan kepada Muda dan menghadiahkan kemenangan pilihan raya pertama kepada parti ini,” kata biro politik parti itu dalam kenyataan media, hari ini.

    Dalam PRN 2022, Amira memenangi kerusi itu dengan majoriti 7,114 undi menewaskan lima calon lain. Muda ketika itu bekerjasama dengan gabungan PH.

    Sementara itu, Muda menegaskan kepercayaan pengundi di DUN Puteri Wangsa bukan sekadar kemenangan politik, malah ia adalah amanah yang telah dipikul setiap hari melalui kerja-kerja khidmat masyarakat, advokasi dan pembelaan terhadap isu-isu yang dihadapi.

    MENARIK:  Polis buru suspek terlibat kes gaduh, rosak harta benda di Bangsar

    Muda turut menyoroti betapa Rashifa bukanlah wajah baru kepada penduduk Puteri Wangsa memandangkan tugasnya sebagai ketua pegawai Pejabat presiden Muda dan anggota utama Pusat Khidmat Puteri Wangsa.

    “Dia telah memainkan perananan penting di sebalik pelbagai program, inisiatif dan gerak kerja yang dilaksanakan di kawasan ini.

    “Banyak usaha yang telah memberi manfaat kepada rakyat Puteri Wangsa tidak akan dapat dilaksanakan tanpa komitmen, penyelarasan dan kerja keras Rashifa bersama pasukan pusat khidmat.

    “Justeru, pencalonan Rashifa merupakan kesinambungan kepada kerja yang telah dibina sejak beberapa tahun lalu dan memastikan suara rakyat Puteri Wangsa terus diangkat serta diperjuangkan,” kata parti itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah