28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Insomniacks & Yonnyboii Lancar ‘Bersuara’, Ajak Pendengar Lebih Berani & Lawan Penindasan

    Shopee Sale

    Kumpulan band popular, Insomniacks kini melancarkan single terbaharu berjudul ‘Bersuara’ kolaborasi bersama Yonnyboii.

    Artikel Berkaitan: Kehidupan Yonnyboii Berubah 180 Darjah Selepas Bergelar Bapa, Mula Join Komuniti ‘Ayah Ayah’

    Simbol keberanian

    Lagu ini membawa kelainan dengan muzik yang lebih berat dan agresif, berbeza daripada lagu-lagu balada yang sering dibawakan oleh Insomniacks sebelum ini.

    Menurut Yonnyboii, karya ini dihasilkan sebagai simbol keberanian untuk melawan isu buli serta penindasan.

    Lagu ni terhasil bila saya rasa saya tak didengari oleh sekelompok orang.’

    Jadi saya buat lagu ni sebagai satu keyakinan untuk bersuara tentang apa-apa kesusahan yang saya lalui.

    Yonnyboii yang menulis bahagian hook lagu ini turut menunjukkan sisi berbeza dengan membawakan vokal bergenre rock alternatif berbanding gaya rap biasanya.

    Saya sebenarnya lebih lama menjiwai muzik alternatif berbanding rap.’

    Jadi bila masuk ke genre rock ni, saya rasa lebih selesa. Untuk saya, ini ‘fresh start’ untuk kongsi sisi lain diri saya dengan pendengar.

    Dia juga berharap agar pendengar tidak lagi memendam tekanan perasaan sendirian sebaliknya berani meluahkan apa yang dirasai.

    Yonnyboii menyifatkan kolaborasi ini sebagai pengalaman yang menyeronokkan dan berharap agar dapat bekerjasama lagi dengan Insomniacks pada masa akan datang.

    MENARIK:  Selamba Parkir Kereta Tengah Sungai, Geng 4×4 Teruk Dikecam – ‘Makin Besar Kereta, Makin Kecil Kepala Otak’

    Lagu ini sudah boleh didengari di semua platform penstriman digital bermula 6 Februari 2026.

    The post Insomniacks & Yonnyboii Lancar ‘Bersuara’, Ajak Pendengar Lebih Berani & Lawan Penindasan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah