32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nick Mikhail Kecewa Aliff Aziz Batalkan Persembahan Saat Akhir – ‘Deposit 50 Peratus Masih Tak Pulangkan’

    Shopee Sale

    Pelakon Nick Mikhail meluahkan kekecewaan selepas mendakwa penyanyi Alif Aziz membatalkan persembahan di sebuah acara milik isterinya, King Coco.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Aziz ‘Shooting’ Bersama Acha Septriasa, Netizen Beri Reaksi Positif – ‘Terus Maju, Jangan Pandang Belakang’

    Artikel Berkaitan: ‘Demi Reputasi Saya..’ – Ruhainies Pertahankan Diri, Saling Berbalah Dengan Sarah Yasmine Di Threads

    Gaduh

    View this post on Instagram

    A post shared by nickmikhailthe300 (@nickmikhailthe300)

    Menurut Nick Mikhail, pada 19 Mei lalu dia ada menghubungi Aliff untuk memintanya melakukan persembahan pada majlis pelancaran produk isterinya yang akan dilakukan pada hari ini.

    Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih parah apabila Aliff memaklumkan dia masih berada di Indonesia atas urusan kerja dan tidak dapat pulang ke Malaysia.

    Saya tahu awak ada mengambil job pada 29 Mei disebabkan itu masih berada di Indonesia dan sekarang tak boleh pulang untuk majlis saya.

    Berkali-kali saya bertanya, namun awak hanya berkata bahawa awak akan cuba.

    Dan semalam, awak beritahu, awak tak dapat nak datang. Dekat mana saya nak cari pengganti?

    Kata Nick Mikhail, perkara itu menyebabkan dia terus mendesak Aliff agar memulangkan semula deposit sebanyak 50 peratus yang telah dibayar.

    MENARIK:  Kemaluan Budak Tadika Luka Dicab*l Remaja 14 Tahun Selepas Main ‘Kahwin-Kahwin’

    Namun, Aliff tidak memberikan sebarang respons sejak pukul 4 petang semalam.

    Nick Mikhail akui terkilan dengan tindakan Aliff kerana hubungan mereka sangat rapat dan dia antara individu yang berada di belakang penyanyi tersebut terutama ketika dilanda kontroversi.

    Awak ingat saya ini bahan jenaka ke?

    Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kepada keluarga awak kerana saya mengenali mereka semua.

    Namun, apa yang awak lakukan terhadap saya benar-benar mengecewakan.

    Saya berada di belakang awak sudah lama. Awak berada di pihak yang betul atau tidak, saya selalu berada dengan awak.

    Sumber: Instagram

    The post Nick Mikhail Kecewa Aliff Aziz Batalkan Persembahan Saat Akhir – ‘Deposit 50 Peratus Masih Tak Pulangkan’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah