28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bersama mungkin intai potensi bertanding di lebih 10 kerusi di Johor

    Shopee Sale

    Pendukung parti baru – Bersama – kelihatan menanti dengan penuh minat untuk mengetahui bagaimana langkah yang akan diambil oleh pemimpin mereka untuk terlibat dalam dua pilihan raya negeri (PRN) tidak lama lagi.

    Setakat ini dua pemimpin utama Bersama, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad, nampaknya masih berahsia. Namun di sebalik itu ada petunjuk penting yang terdedah dan mungkin memberikan bayangan bagaimana percaturan Bersama.

    Dalam satu hantaran media sosial semalam, Rafizi berkata parti itu bercadang untuk menggerakkan 20 peratus ahlinya untuk PRN Johor dengan menempatkan sekurang-kurangnya 400 ahli di setiap kawasan yang ditandinginya.

    Parti itu belum mendedahkan jumlah keahlian terkininya setakat ini, tetapi dianggarkan ia sudah melebihi 20,000 ahli – satu pencapaian yang memang dijangkakan oleh Rafizi dicapai menjelang akhir Mei.

    Dengan mengandaikan Bersama kini dianggotai sekurang-kurangnya 20,000 ahli dan sasaran anggota yang akan digerakkan, sifir menunjukkan bahawa Bersama mungkin bertanding di sekurang-kurangnya 10 kerusi DUN Johor dalam PRN bulan depan.

    MENARIK:  PRU16: Menteri agama bertanding di Hulu Selangor?

    Analisis Malaysiakini terhadap data tinjauan pendapat daripada PRU ke-15 sebelum ini mendapati kerusi DUN Stulang, Larkin, Gambir, Serom, Tangkak, Buloh Kasap, Bukit Batu, Layang-Layang, dan Kempas sebagai kerusi yang mungkin ditandingi oleh Bersama.

    Bersama sebelum ini mengatakan bahawa mereka merancang untuk bertanding dalam pilihan raya secara solo, dan tidak akan mengehadkan percaturan mereka hanya mencabar di kerusi PKR saja.

    Beberapa kerusi dalam senarai Malaysiakini menunjukkan kerusi berkenaan dimenangi oleh DAP dan Umno dalam PRN lalu.

    Sebelum ini Bersama sudah membuka tawaran kepada orang ramai untuk memohon bertanding di bawah logo mereka.

    Seseorang yang berminat perlu membuat pengisytiharan pendapatan dan aset masing-masing serta tahap pendidikan, kerjaya dan latar belakang keluarga.

    Latar belakang pemohon juga akan disaring, manakala tinjauan kualitatif di peringkat komuniti tempatan mereka akan dilakukan untuk mendapatkan maklum balas mengenai calon terbabit.

    Menurut Rafizi, pendaftaran untuk menjadi sukarelawan Bersama berkempen di Johor akan dibuka Isnin ini.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah