32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Sekiranya Dapat Tawaran Lagi, Saya Guna Nama IQ Dinzly’ – Iqram Dinzly

    Shopee Sale

    Pelakon, Iqram Dinzly berpandangan bahawa sudah tiba masanya ruang dalam bidang lakonan diberikan kepada generasi baharu, khususnya dalam kalangan Gen Z dan Alpha yang dilihat memiliki bakat besar serta berpotensi mencorakkan industri seni tanah air.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Realiti Di Sebalik Rumah Tangga Buat Saya Trauma, Suami Lebih Takut Isteri’ – Iqram Dinzly

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aib Cik Lan Tersebar Dalam ‘Live’, Reaksi Iqram Dinzly Raih Perhatian – ‘Ponti Tengok Pun Ketawa’.

    Beri peluang generasi baharu

    Ketika ditemui , pemilik nama Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 45, menjelaskan perkembangan pelakon muda masa kini wajar diraikan kerana dilihat berpotensi mewarnai landskap hiburan Malaysia, sekali gus menjadi tarikan baharu kepada penonton.

    Saya rasa dalam bidang lakonan sekarang biarlah bagi peluang kepada generasi-generasi baharu yang masih muda.

    Ini kerana, saya tengok semakin ramai seperti Gen Z dan Alpha yang berbakat macam Aedy Ashraf dan Amir Ahnaf.

    Saya pun nampak hala tuju pelakon bakat muda ini hendak pergi ke mana dalam industri dan mereka bagus.

    Jadi, saya rasa kehadiran mereka akan lebih menghiasi bidang lakonan dan biarlah mewarnai kacamata penonton Malaysia.

    Iqram berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media X Factor, pra pelancaran single Walu Walu di Urbanhive, Putrajaya pada Selasa.

    Bayaran tidak setimpal

    Dalam pada itu, aktor filem ‘Lagenda Budak Setan 3’, mengakui masih menerima tawaran berlakon, namun ada antaranya dirasakan tidak setimpal dari segi bayaran yang ditawarkan.

    Tawaran berlakon masih ada, tetapi ibarat seperti ‘melepas batuk di tangga’.

    Satu lagi baru-baru ini saya dapat offer berlakon untuk drama, tetapi harga diberi untuk satu episod adalah kutip-kutip scene, mengikut apa yang mereka nak.

    Bercerita lanjut, Iqram turut berkongsi bahawa timbul salah faham apabila dirinya didakwa menolak tawaran produksi.

    Kemudian saya difitnah pula di belakang kononnya menolak tawaran itu.

    Saya rasa cukuplah dengan sandiwara daripada pihak produksi sebab pening kepala nak layan benda-benda macam ini.

    Tambahnya lagi, kini dia telah menjenamakan diri sebagai ‘IQ Dinzly’ bagi urusan kerja dengan harapan nilai bayaran yang diterima lebih setara dengan pengalaman serta pengorbanan sepanjang 16 tahun dalam industri lakonan.

    Tetapi, sekiranya saya ada dapat tawaran lagi selepas ini biarlah saya gunakan nama IQ Dinzly sahaja dan bukan lagi Iqram Dinzly.

    Sebab kalau guna nama sebagai Iqram Dinzly bukanlah kata nak harga bayaran pakej mahal tetapi biar setimpal.

    Saya rasa pengorbanan selama 16 tahun dalam industri ini terutama lakonan dengan macam-macam pancaroba sampai boleh jadi sakit, masa tidak cukup rehatnya dan drama membawang penggiat seni, maka cukuplah.

    Sebenarnya netizen pun ramai dalam industri.

    Benda itu bukanlah nak kata saya ini baik sangat, tidak.

    Cuma, bila diberikan oleh Allah kepada saya untuk rehat dan keluar daripada lingkungan ini, berilah peluang itu kepada generasi muda pula.

    The post ‘Sekiranya Dapat Tawaran Lagi, Saya Guna Nama IQ Dinzly’ – Iqram Dinzly first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  ‘Kenapa Lagu Saya Tak Diberi Kemenangan?’ – Yuji Persoal Keputusan AIM-24, Tak Marah Pada Ernie Zakri

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah