32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Subsidi diesel guna mekanisme MyKad mulai Julai

    Shopee Sale

    Penyasaran subsidi diesel akan menggunakan mekanisme berasaskan kad pengenalan (MyKad) mulai Julai, dengan harga runcit diturunkan kepada RM2.10 seliter.

    Menurut Kementerian Kewangan (MOF) perkara itu diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Bintulu, Sarawak, hari ini.

    “Penurunan harga ini akan dilaksanakan menerusi pembaharuan penyasaran subsidi diesel yang seragam di seluruh negara menggunakan mekanisme berasaskan MyKad, selaras dengan pendekatan yang telah dilaksanakan melalui Budi Madani RON95 (Budi95).

    “Melalui pembaharuan ini, rakyat Malaysia akan menikmati harga yang sama dan cara yang sama di seluruh negara.

    “Subsidi diesel akan disalurkan terus kepada rakyat Malaysia melalui pengesahan MyKad, manakala bukan warganegara dan pihak yang tidak layak perlu membeli diesel pada harga tanpa subsidi,” katanya MOF dalam kenyataan media.

    Bantuan Budi Madani Diesel ketika ini disalurkan dengan bantuan tunai secara terus ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar, dengan penerima bantuan akan membayar harga runcit tanpa subsidi.

    Melalui pembaharuan ini, rakyat Malaysia akan menikmati harga yang sama dan cara yang sama di seluruh negara.

    Tambah kenyataan itu, dalam keadaan krisis Asia Barat yang terus memberi tekanan kepada bekalan minyak global, langkah ini penting bagi memastikan subsidi kerajaan hanya sampai kepada rakyat Malaysia serta mengurangkan ketirisan dan penyeludupan diesel bersubsidi.

    MENARIK:  Ringgit melonjak lepas AS beri isyarat akan undur dari Iran

    Jelas MOF lagi, perbezaan ketara antara harga diesel bersubsidi dan harga tanpa subsidi telah mewujudkan ruang kepada ketirisan serta penyeludupan diesel bersubsidi, termasuk ke luar negara.

    Ketika ini, diesel masih dijual pada harga runcit bersubsidi RM2.15 seliter di semua stesen minyak Sabah dan Sarawak, berbanding harga runcit diesel tanpa subsidi RM4.37 seliter di Semenanjung Malaysia.

    “Dengan pembaharuan penyasaran subsidi diesel, harga runcit diesel di Sabah dan Sarawak akan diselaraskan kepada harga runcit di Semenanjung Malaysia dan dengan itu, bukan warganegara tidak lagi menikmati subsidi.

    “Pada masa yang sama, rakyat di Sabah dan Sarawak dengan kenderaan diesel akan menikmati pengurangan harga runcit daripada RM2.15 seliter kepada RM2.10 seliter,” kata MOF.

    Dalam perkembangan itu, maklumat lanjut pelaksanaan pembaharuan penyasaran subsidi diesel ini akan diumumkan esok oleh Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah