Pelakon, Zila Bakarin tampil memberikan pesanan terhadap seorang individu yang meluahkan rasa tertekan di media sosial akibat sikap suami yang tidak bertanggungjawab.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Bukan Pandai Agama, Tapi Saya Anggap Ini Hadiah Untuk Suami’ – Zila Bakarin
Artikel Berkaitan: ‘Aisha Retno Artis Jimat Kos, Tak Perlu Pereka Fesyen..Capai Apa Yang Boleh’ – Zila Bakarin
Nasihat
View on Threads
Pemilik nama Rosmawati Bakarin, 51, menasihatkan wanita itu agar tidak membuang masa menunggu suaminya berubah sikap dan segera membuat keputusan untuk meneruskan kehidupan sendiri.
Kata Zila, sikap tunggu dan lihat itu hanya akan membebankan wanita tersebut di masa hadapan.
Zaman sekarang tak perlu fikir panjang. Kalau rasa lelaki tak berapa baik nak jadi suami, awak tak perlu tunggu.
Makin lama awak tunggu, makin bertambah anak. Orang perempuan kalau mengamuk pasal lelaki, nanti lelaki pujuk, keluar seorang lagi anak (mengandung).
Zila berkata wanita itu perlu membuat keputusan yang lebih baik dengan memberi fokus kepada anak-anaknya.
Dalam pada itu, Zila turut berharap wanita itu mencari sokongan daripada adik-beradik untuk kelangsungan hidup.
Sudah, awak tak perlu tanya patut atau tidak bercerai, cerai sahaja. Fokus dekat anak.
Awak pula, takkan tiada adik-beradik? Daripada mengadu dekat Threads, pergi beli makanan.
Awak tak perlu nak lepas kemarahan awak dekat anak-anak, marah dekat lelaki saja.
Tular di media sosial, seorang isteri yang tertekan akibat sikap suaminya yang didakwa lepas tangan.
Isu tersebut meraih perhatian selepas individu berkenaan mengaku sering melepaskan kemarahan terhadap anaknya yang baru berusia dua tahun ekoran sikap suaminya itu.
Sumber: Threads
The post Zila Bakarin ‘Sekolahkan’ Isteri Tertekan Dengan Sikap Suami – ‘Tak Perlu Lepaskan Marah Dekat Anak-Anak’ first appeared on OHBULAN!.





