28.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pelakon Meninggal Dunia, Pengsan Ketika Live TikTok

    Shopee Sale

    Pelakon sinetron popular Preman Pensiun iaitu Icuk Nugroho dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu, 20 Jun.

    Pengsan ketika Live TikTok

    Berita pemergian Allahyarham dikongsikan menerusi akaun Instagram rasmi Preman Pensiun.

    Menurut rakan seperjuangannya dalam Preman Pensiun, Abenk Marco, Allahyarham yang terkenal menerusi watak Kang Saep dipercayai meninggal dunia akibat masalah kesihatan berkaitan jantung.

    Sakit. Ada indikasi kemungkinan penyakit jantung,

    Sementara itu, seorang lagi rakan kerjanya, Dihaw Ableh, memaklumkan bahawa Icuk dilaporkan pengsan ketika membuat siaran langsung di TikTok sebelum dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

    Maklumat yang saya terima agak bercampur-campur. Apa yang saya tahu, beliau pengsan sebelum dibawa ke hospital.

    Diagnosis awal dikatakan mempunyai masalah jantung, namun diagnosis seterusnya menyatakan beliau mengalami strok,.

    Difahamkan, Icuk menerima rawatan selama beberapa hari di hospital sebelum menghembuskan nafas terakhir.

    MENARIK:  Video: Syatilla Melvin Menguji Keberanian Individu Meminta Bermadu - 'Ambillah Risiko, Persiapkan Air Panas'

    Jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Sumedang, Jawa Barat.

    Sumber: Kompas

    The post Pelakon Meninggal Dunia, Pengsan Ketika Live TikTok first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah