28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Pernah Viral Muka Disamakan Dengan Nora Danish, Wanita Ini Mohon Netizen ‘Stop’ Tanya Soalan Dah Cerai Ke?

    Shopee Sale



    Pernah viral gara-gara mempunyai raut wajah yang seiras dengan pelakon, Nora Danish dan menyanyikan lagu Tamil di TikTok, pemilik nama Syiqin Zaidi ini sekali lagi mencuri perhatian apabila menyuruh netizen untuk berhenti tanya soalan sama ada sudah bercerai ataupun tidak.

    Jangan salah orang

    Umum mengetahui, pelakon jelita, Nora Danish sudah bercerai secara baik dengan dengan suaminya, Nedim Nazri selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga bersama.

    Berikutan daripada berita perceraian Nora, Syiqin memberitahu rata-rata netizen turut bertanya mengenai soalan yang sama kepadanya. Tambah Syiqin, hal tersebut menyebabkan dia berasa kurang senang apatah lagi, dia masih mempunyai ibu dan keluarga mentua.

    Kalau kata hangpa komen kak betul ka dia tu dah bercerai, okay juga. Masalahnya hangpa tulis macam ni ‘kak dah bercerai ke?’. Hang gila ke, kalau ada beradik suami aku nampak, siapa-siapa yang kenal mak aku ke…tak pasal-pasal tanya betul ke Syiqin dah bercerai? Awat ada komen macam tu? Tak pasal-pasal jadi masalah dunia dekat aku.

    Mak aku marah kalau macam mana. Aku dah takut. Benda lain nak melawak tak apa. Benda macam ni tak payah melawak. Tak payah tanya soalan macam ni.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by SyiQinZaidi (@syiqinzaidii)

    MENARIK:  Oki Setiana Dewi, Heliza & Hazwani Helmi Sepentas Di Program Cahaya Hati 1.0, Sebar Sinar Kekuatan Buat Kaum Hawa

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah