Baru-baru ini sebuah majlis ilmu yang dilaksanakan khusus untuk Muslimah iaitu Program Cahaya Hati 1.0: Bangkitlah Jiwa, Temui Cahaya Bahagia, anjuran One World Muslimah (OWM) telah berlangsung di Dewan Matrade, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Alhamdulillah, Kami Baik-Baik Saja’ – Oki Setiana Dewi Kongsi Pengorbanan Hubungan Jarak Jauh Dengan Suami
Artikel Berkaitan: Oki Setiana Dewi Tolak Tawaran Berlakon Demi Pertahankan Hijab
Bantu pulihkan diri

Program tersebut diadakan bertujuan untuk membantu kaum Hawa supaya pulih dan bangkit semula daripada diselubungi tekanan hidup, depresi serta kekosongan jiwa.
Pendakwah dan aktres terkenal dari negara jiran, Oki Setiana Dewi telah diterbangkan untuk berkongsi ilmu bersama-sama dengan lebih 1,000 peserta termasuk dari Indonesia, Singapura dan Brunei.
Pelakon Filem Ketika Cinta Bertasbih itu berkata, kehadirannya pada program tersebut adalah untuk membantu mendidik rohani golongan wanita.
Saya datang bukan sekadar untuk menyampaikan ceramah, tetapi juga untuk bermuhasabah bersama.
Kalau ada yang menangis ketika mendengar, mungkin itu tandanya Allah sedang menyapa hati mereka.
Program Cahaya Hati 1.0 itu turut diserikan lagi dengan kehadiran penyanyi dan aktivis kemanusiaan iaitu pasangan adik-beradik, Heliza dan Hazwani Helmi.
Agama & ketenangan

Menurut Penganjur program merangkap Presiden OWM, Noor Razlina Noor Mohamed, objektif penganjuran Cahaya Hati 1.0 tercetus rentetan melihat kebanyakkan wanita sangat terkesan apabila ditimpa dengan ujian di dalam hidup mereka.
Ramai wanita datang kepada kami dalam keadaan tertekan, kecewa dan hilang semangat. Program ini diwujudkan untuk membantu mereka mencari ketenangan melalui ilmu agama dan mendekatkan diri kepada Tuhan.
Ada di antara mereka yang mungkin tidak tahu bagaimana dan di mana untuk mereka mencari ilmu serta pengisian rohani.
Oleh sebab itu, Cahaya Hati 1.0 ini antara program anjuran One World Muslimah yang membantu mereka.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Minaz, Hafiza ‘Abdul Hamid, yang turut dijemput sebagai penceramah menegaskan bahawa, komitmennya bukan sekadar melalui penajaan dana, tetapi dizahirkan menerusi inisiatif jenama dalam membentuk keperibadian wanita yang bukan sahaja anggun tetapi memiliki kekuatan dalaman dan nilai kendiri yang tinggi.
Di Minaz, kami percaya kecantikan sejati bermula dari dalam. Kami bukan sekadar menjual pakaian, kami mendukung perjalanan setiap Muslimah untuk merasa yakin, tenang, dan berdaya.
Melihat cabaran emosi dan mental yang semakin membebankan wanita hari ini, kami terpanggil untuk memberi sokongan penuh kepada Program Cahaya Hati 1.0 ini.
Kami percaya kecantikan sejati bermula dari dalam dan kami mendukung setiap Muslimah untuk merasa yakin, tenang dan berdaya saing membina komuniti wanita yang elegan.
Ini kali pertama kami berkerjasama dan Minaz sendiri sentiasa memberi sokongan untuk program-program kerohanian seperti ini.
Dalam pada itu, Noor Razlina turut memaklumkan bahawa One World Muslimah merancang untuk meneruskan kesinambungan program tersebut menerusi menganjuran ‘Cahaya Hati 2.0’ pada Disember ini dan seterusnya membawa program ‘Cahaya Hati 3.0’ ke Brunei.
The post Oki Setiana Dewi, Heliza & Hazwani Helmi Sepentas Di Program Cahaya Hati 1.0, Sebar Sinar Kekuatan Buat Kaum Hawa first appeared on OHBULAN!.





