28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Hiera Hassan Dedah Punca Undur Diri Dari Keluarga Iskandar 3 – ‘Ada Pihak Luah Rasa Tak Puas Hati Dengan Bayaran Saya’

    Shopee Sale

    Pelakon, Hiera Hassan akhirnya tampil bersuara selepas peminat tertanya-tanya mengenai ketiadaannya dalam siri terbaharu Keluarga Iskandar 3.

    Artikel Berkaitan: Iskandar Ismail Juara GV12, Bawa Pulang RM100,000 – ‘Kalau Arwah Ayah Ada Mesti Dia Gembira’

    Undurkan diri

    Menerusi potongan klip di siaran langsung, Hiera menjelaskan keputusannya untuk mengundurkan diri daripada siri itu dibuat atas kerelaan sendiri selepas berdepan situasi yang dianggap tidak profesional.

    Saya yang menggundurkan diri dengan rela hati.

    Ceritanya bermula saya sudah capai persetujuan awal dengan pihak produksi dan menyertai sesi bacaan skrip serta perbincangan kontrak dan sebagainya.

    Tetapi ada pihak meluahkan rasa tidak puas dengan bayaran saya di Threads.

    Hiera mengakui kenyataan itu membuatkannya terasa hati namun pada masa sama menyedari dirinya bukanlah seorang pelakon terkenal.

    Adalah ayat yang menyinggung perasaan macam ‘jangan perasan dik, kita bukan berlakon di HBO dan overvalue’.

    Saya sedar overvalue maksudnya saya pelakon suam-suam kuku dan tidak terkenal.

    Saya tidak popular seperti artis lain, saya hanya dikenali sebagai Acu dan Adiba di Keluarga Iskandar.

    Itu buatkan saya terkilan sebab perkara itu adalah sejurus selepas saya deal dengan production dan produser.

    Lebih mengecewakan, katanya, isu berkaitan bayaran sepatutnya bersifat peribadi dan sulit kerana ia dibincangkan terus dengan pihak produksi dan penerbit.

    MENARIK:  Suami Syura Badron Masuk Hospital, Alami Lecur Teruk Akibat Letupan Gas Memasak – ‘Semoga Ada Hikmah Di Sebalik Ujian Ini’

    Mengulas lanjut, Hiera berkata rakan pelakon lain turut cuba memujuknya, namun dia memilih untuk tidak menyertai siri tersebut kerana bimbang akan menjejaskan suasana kerja di set.

    Itu perkara private dan confidential.

    Jadi saya tertanya-tanya kenapa pihak lain berkongsi perkara tersebut di Threads sehingga ia menjadi tular.

    Walaupun ia dinafikan, saya tahu ia ditujukan kepada saya.

    Jadi saya tidak mahu panjangkan cerita dan sudah rasa tidak hati sebab memang tidak profesional, saya dengan rela hati undurkan diri.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] Hiera Hassan Dedah Punca Undur Diri Dari Keluarga Iskandar 3 – ‘Ada Pihak Luah Rasa Tak Puas Hati Dengan Bayaran Saya’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah