30.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Fidyah Akan Menjadi Hutang Walaupun Sudah Meninggal Dunia’ – Ustazah Nazirah Abu Bakar

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas, Ustazah Nazirah Abu Bakar menegaskan kepentingan membayar hutang Fidyah agar tidak menjadi beban setelah meninggal dunia.

    Artikel Berkaitan: Sasha Abdul Aziz Akan Ganti & Bayar Fidyah, Tak Dapat Berpuasa Kerana Hamil – ‘Kalau Anda Mampu Teruskan’

    MENARIK:  ‘Awak Jadi Penyanyi Boleh Meluaskan Lagi Neraka Untuk Ayah.. Saya Down Sangat’ – Syura Badron Pernah Dikecam Masa Sekolah

    Artikel Berkaitan: ‘Wajib Ganti Puasa Walau Dah Bayar’- Info Penting Mengenai Fidyah Menjelang Ramadan

    Hutang fidyah

    " data-video-id="7579948409721720072" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @ustazahnazirahabubakar

    Dah nak masuk Ramadan ni, orang akan kalut tanya tentang Fidyah. Fidyah bukan penalti atau denda. Bahkan ia adalah cara Allah memberi ruang untuk kita tetap berbuat baik walaupun tidak mampu berpuasa ketika itu. Bayangkan begini… Kalau kita pernah tertinggal puasa sebab mengandung, menyusu, sakit, atau faktor lain yang berat, Allah tak hukum. Allah bagi pilihan lain: “Tak mampu puasa? Tak apa. Bantu orang makan. Kenyangkan orang miskin. Aku tetap kira itu sebagai kebaikanmu.” Subhanallah, betapa lembutnya agama ini. Sebelum Ramadan tiba, eloklah kita semak: ✔ Ada tak fidyah tahun lepas atau tahun-tahun sebelum ini yang belum dilangsaikan? ✔ Ada baki puasa yang kita lupa nak qada’? ✔ Tahu tak cara kiraannya? (Kalau tak pasti, rujuk pihak berautoriti seperti @Majlis Agama Islam Selangor yang siap sediakan kalkulator fidyah haa lebih mudah, tak pening kepala.) Jangan pandang ringan. Fidyah bukan kecil nilainya. Ia ibadah. Ia amanah. Ia bukti kita serius dengan hubungan kita dengan Allah. Sebab apa? Ramadan adalah bulan membuka lembaran baru. Tetapi lembaran baru akan lebih indah jika hutang lama sudah diselesaikan. Cepat semak, dah tak laa dah nak ramadan. Taip kalkulator fidyah Mais lekas.

    ♬ original sound – Ustazah Nazirah Abu Bakar – Ustazah Nazirah Abu Bakar

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ustazah Nazirah memaklumkan cara kiraan hutang fidyah mengikut keyakinan.

    Fidyah ini akan menjadi hutang walaupun kita dah meninggal dunia.

    Pertama, kena buat kiraan mengikut keyakinan sejak bila kita tinggal puasa.

    Kalau sejak anak pertama, anak pertama umur berapa? Contoh, 48 tahun. Mak tinggal puasa waktu beranak anak itu. Mak tak pernah qada puasa sampai hari ini umur mak 60 tahun.

    Kena kira, kalau tinggal puasa selama 30 hari, maka 48 darab dengan 30 hari. Kali dengan nilaian fidyah mengikut negeri tersebut.

    Sementara itu, Ustazah Nazirah menitipkan pesanan agar melangsaikan hutang Fidyah di negeri yang diduduki agar dapat mengambil keberkatan daripada hasil pembayaran tersebut.

    Lebih baik bayar di negeri kita duduk. Tempat kita duduk dengan anak supaya kita boleh ambil keberkatan daripada bumi yang sama kita hidup, lalu di bumi yang sama kita mengembalikan fidyah yang patut kita langsaikan.

    Kalau tak mahu pening kepala, boleh pergi ke pejabat MAIS. Jumpa dengan pegawai di sana.

    Atau boleh menerusi panggilan suara. Pilihan ketiga adalah menerusi laman sesawang MAIS.

    Sumber: TikTok @UstazahNazirahAbuBakar

    The post [VIDEO] ‘Fidyah Akan Menjadi Hutang Walaupun Sudah Meninggal Dunia’ – Ustazah Nazirah Abu Bakar first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah