34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PKR tetap anggap Rafizi keluar parti sebelum kosongkan kerusi Pandan

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh menegaskan pendirian parti dalam hal berkaitan tindakan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, menyertai Parti Bersama Malaysia (Bersama) sudah jelas.

    Dia berkata, bekas Timbalan Presiden PKR itu mengisytiharkan hasrat meninggalkan PKR pada 17 Mei semasa majlis pengumuman hala tuju politiknya di Petaling Jaya, Selangor.

    "Serah surat (kosongkan kerusi parlimen) hanya bersifat rasmi, (Rafizi) isytihar hasrat pada 17 Mei dan itu pendirian parti.

    "Apabila menyatakan hasrat, maka Fasal 9(1)(c) dalam Perlembagaan (parti) terpakai.

    "Saya pun tak nak panjangkan cerita ini tapi pada saya, biarlah pasukan perundangan (uruskan)... yang penting pendirian parti, Rafizi keluar dulu baru kosongkan kerusi (parlimen)," katanya.

    Fuziah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup berkata demikian selepas merasmikan cawangan kedua Madani Mart di Jalan Wong Ah Jang, di Kuantan, Pahang, hari ini.

    Dia mengulas demikian ketika ditanya mengenai kenyataan dibuat Rafizi semalam yang menyangkal dakwaan dia keluar parti terlebih dahulu sebelum mengosongkan kerusi parlimen.

    MENARIK:  Isu stoking: Agong murka, mahu tindakan sekeras-kerasnya

    Bekas menteri ekonomi itu berkata, dia baru sahaja mendaftar secara rasmi sebagai ahli biasa parti berkenaan pada semalam, sekali gus menafikan dakwaan bahawa dia telah menyertai parti itu lebih awal.

    "Hari ini, 21 Mei jam 12.56 tengahari, saya baru saya mendaftar menjadi ahli baru Bersama.

    “Saya kini menjadi ahli biasa Bersama dan nombor keahlian saya agaknya lebih corot berbanding (mereka) yang lebih awal sertai sejak hari Ahad," katanya.

    Fuziah bagaimanapun menjelaskan tindakan Rafizi membuat pengisytiharan itu dikira sebagai tarikh dia keluar parti.

    Sementara itu, ditanya mengenai tindakan terhadap ahli PKR, termasuk ahli parlimen yang hadir pada majlis Ahad lalu, Fuziah memaklumkan dia sudah menugaskan pimpinan parti untuk berhubung dengan mereka.

    "Tujuannya untuk menasihatkan mereka, apabila mereka pegang jawatan sebagai ahli parlimen, mereka bukan saja berkhidmat untuk kawasan tapi turut mewakili parti.

    "Seharusnya mereka membawa visi perjuangan parti, bukannya berkhidmat di kawasan diwakili pada masa sama mempromosi parti lain," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah