34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Jika Datang Rumah Saya Berniat Jahat, Akan Berlaku Sesuatu’ – Nourul Depp Dedah Kediaman Di Bali Ada ‘Penjaga’

    Shopee Sale

    Penyanyi, Nourul Depp mendedahkan kawasan kediamannya di Bali, Indonesia didakwa merupakan lokasi pembuangan makhluk halus.

    Artikel Berkaitan: ‘Ada Hamba Allah Suruh Batalkan Konsert, Sebab Dia Mahu Buat Sesuatu Yang Lain Untuk Saya’ – Nourul Depp

    Rumah ada pejangga

    Menerusi podcast Di Sebalik Misteri, Nourul, 48, berkongsi pengalaman menyeramkan yang pernah dialaminya sepanjang menetap di kediaman tersebut bersama keluarga.

    Menurut pelantun lagu Kerana Terluka itu, kejadian aneh mula berlaku ketika dia jatuh sakit dan mendapatkan rawatan di rumah sebelum salah seorang staf doktor memaklumkan tentang kehadiran ‘penjaga’ di kediamannya.

    Ada satu hari saya jatuh sakit, panggil doktor datang rumah. Tiba-tiba staf doktor itu tegur cakap rumah saya ada pejangga. Katanya penjaga itu tidak kacau pun.

    Saya tanya dia putih ke hitam, dia jawab putih. Saya cakap dengan makhluk itu, jangan kacau anak-anak. Staf itu kata, jika ada yang datang rumah saya berniat jahat, akan berlaku sesuatu kepada dirinya.

    Tambah Nourul lagi, dia kemudian dimaklumkan oleh penduduk tempatan bahawa kawasan tempat tinggalnya sememangnya terkenal dengan kisah mistik dan dikatakan menjadi lokasi ‘pembuangan’ makhluk halus.

    Rupanya kawasan rumah saya tinggal itu, menurut masyarakat Bali, kawasan rumah saya tempat pembuangan hantu.

    Nak jadikan cerita, saya satu keluarga balik Perancis. Tiba-tiba pengawal keselamatan telefon beritahu bilik dan TV menyala, dengar suara bercakap dalam rumah.

    Makhluk itu kalau saya tiada di rumah, dia akan buat rumah itu jadi meriah. Jujur kata saya penakut, tapi memberanikan diri.

    Menurut Nourul, pengawal keselamatan yang menjaga rumahnya juga tidak bertahan lama selepas beberapa kali mengalami gangguan misteri ketika bekerja di situ.

    Pengawal itu kemudian tidak lama berhenti sebab sering alami gangguan. Rupanya bila selidik dia ada niat jahat, sebab itu diganggu.

    Sumber: YouTube

    MENARIK:  [VIDEO] Irma Hasmie Seloroh Mahu Naik Pelamin Lagi, Netizen Titip Doa

    The post ‘Jika Datang Rumah Saya Berniat Jahat, Akan Berlaku Sesuatu’ – Nourul Depp Dedah Kediaman Di Bali Ada ‘Penjaga’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah