27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Awak Jadi Penyanyi Boleh Meluaskan Lagi Neraka Untuk Ayah.. Saya Down Sangat’ – Syura Badron Pernah Dikecam Masa Sekolah

    Shopee Sale

    Penyanyi, Syura Badron tampil mendedahkan pernah berdepan kecaman ketika di bangku sekolah apabila terdapat segelintir guru menyifatkan pilihannya untuk bergelar penyanyi sebagai kerjaya yang haram.

    Artikel Berkaitan: Suami Kongsi Syura Badron Dirawat Di Hospital, Mohon Doa Orang Ramai – ‘Sayang Kuat, Saya Tahu’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Dengar Suami Jerit Minta Tolong, Dia Dapat Rasa Kulit Disiat-Siat’ – Syura Badron Kongsi Kronologi Letupan Tong Gas

    Tetap diminta buat persembahan

    Menerusi satu hantaran di Threads, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron, 40, berkongsi bahawa terdapat kata-kata yang meninggalkan kesan cukup mendalam bagi dirinya, terutamanya apabila bapanya turut dikaitkan dengan perkara berunsur dosa.

    Saya pernah dikecam masa zaman sekolah dahulu, ada cikgu-cikgu yang persoalkan kenapa nak jadi penyanyi, sebab katanya pekerjaan itu adalah haram.

    Ada satu ayat yang saya tak akan pernah lupa, iaitu, ‘Awak jadi penyanyi ini boleh meluaskan lagi neraka untuk ayah awak’.

    Saya down sangat masa itu.

    Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Nazam Berkasih’, menyifatkan situasi tersebut sebagai ironis apabila guru yang sama kemudian memintanya membuat persembahan nyanyian setiap kali majlis di sekolah berlangsung.

    Tapi yang kelakarnya, bila ada sebarang majlis di sekolah itu, cikgu-cikgu juga yang minta saya buat persembahana nyanyian.

    Sumber: Threads

    MENARIK:  [VIDEO] Puteri Sarah Liyana Akui Normal Golongan Ibu ‘Burnout’ – ‘Hari Ini Hari Saya’

    The post ‘Awak Jadi Penyanyi Boleh Meluaskan Lagi Neraka Untuk Ayah.. Saya Down Sangat’ – Syura Badron Pernah Dikecam Masa Sekolah first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah