Perhatian buat pencinta buku semua, korang bersedia tak? Acara tahunan yang paling ditunggu-tunggu iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026 (PBAKL 2026) kembali lagi!
Pada tahun ni, PBAKL hadir dengan tema “Malaysia Membaca: Merayakan Buku”.
Kalau tahun lepas ada yang dah borong sakan penangan Baucar Buku MADANI, tahun ni korang kena ready poket dan tenaga sebab aktiviti yang tersedia memang luar biasa!
Ayuh ketahui lebih lanjut apa yang menarik dan info penting korang wajib tahu tentang PBAKL 2026!
PBAKL 2026 bakal berlangsung sempena cuti sekolah ini!

Sesuai sangat dengan cuti sekolah, cuti raya serta musim gaji, PBAKL 2026 janjikan pelbagai aktiviti serta koleksi buku menarik khas buat para pengunjung!
- Tarikh: 29 Mei hingga 7 Jun 2026
- Masa: 10:00 Pagi – 10:00 Malam
- Lokasi: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)
5 tarikan utama sempena PBAKL 2026!
View this post on Instagram
Bukan setakat jual buku dengan harga yang berbaloi tau, tapi PBAKL 2026 kali ni sarat dengan pelbagai pengisian yang next level. Antaranya:
1. Intai buku kegemaran PMX dan menteri di Galeri Khas Pemimpin MADANI
Pernah terfikir tak apa buku yang menteri-menteri kita baca sampai boleh jadi pemimpin hebat?
Haa… kali ni korang boleh tengok sendiri dekat Galeri Khas Buku Kegemaran Pemimpin MADANI.
Terdapat 9 tokoh negara termasuklah YAB Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pendidikan, sehinggalah ke Menteri Besar yang akan berkongsi buku rujukan dan inspirasi mereka.
Siap ada ringkasan dan refleksi peribadi lagi tau!
2. Pesta hak cipta antarabangsa (Asian Rights Fair)
Bagi korang yang terlibat dalam industri kreatif, penulis, atau penerbit, korang wajib singgah ke Bilik Redang, Aras 3 pada 29 hingga 31 Mei.
Acara ni bakal menghimpunkan ahli dari 24 buah negara termasuklah dari UK, China, Turkiye, India, dan negara-negara Asia Tenggara!
Slot ni memang fokus untuk urusan jual beli hak cipta karya ke peringkat global.
3. Festival sastera kanak-kanak dan festival kata
- Terbuka buat si cilik: Mak ayah boleh bawa anak-anak datang pada 4 & 5 Jun dekat Pentas Utama. Ada sesi bercerita dengan personaliti terkenal, pertandingan melukis, persembahan koir, dan paling syok… Malam Baca Puisi Kanak-Kanak!
- Terbuka buat kumpulan seni/sastera: Jangan lepaskan peluang ke Festival Kata pada 5 hingga 7 Jun di Bilik Redang. Ini adalah ruang khas untuk meraikan penulis muda dan seniman pelapis negara kita.
4. Port buku akademik terbesar (MAPIM)
Khas buat mahasiswa dan mahasiswi, pensyarah atau ulat buku ilmiah, korang boleh tinjau di Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2 pada 28 hingga 30 Mei ini.
Sebabnya, sempena PBAKL 2026 ini, Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) hadir dengan membawa lebih 24 penerbit universiti awam dan swasta dengan himpunan lebih 5,000 judul ilmiah. Memang lubuk ilmu!
5. Malas bersesak? PBAKL Hybrid kan ada!
Khusus untuk korang yang duduk jauh atau tak suka bersesak dengan crowd, korang masih boleh join vibes pesta buku ni secara online!
Melalui PBAKL Hybrid Edisi ke-6 di platform Book Capital, terdapat lebih 60 penerbit yang menawarkan pelbagai jualan digital eksklusif tau.
Semudah klik-klik je, buku terus sampai depan rumah!
Sebanyak 3 pentas aktiviti utama tersedia!
Sepanjang 10 hari ni juga, WTCKL akan digegarkan dengan pelbagai pelancaran buku, sesi meet & greet penulis terkenal, forum, dan persembahan budaya dekat tiga pentas utama ni:
- Pentas Utama (Aras 2, WTCKL)
- Pentas Dunia Buku (Dewan Merdeka, Aras 4, WTCKL)
- Pentas Dunia Ilmu (Dewan Tun Razak 3, Aras 3, WTCKL)
Khas buat adik-adik pustakawan sekolah, tahun ni ada perhimpunan besar-besaran tau iaitu MIFLA Junior – Pemimpin Pustakawan Muda di Hotel Seri Pacific pada 1 hingga 4 Jun (1-4 Jun).
Siap ada TV PSS lagi yang akan bersiaran langsung di sekitar venue untuk bagi peluang murid-murid asah bakat jadi wartawan penyiaran. Serius best!
Sama-sama kita harapkan PBAKL 2026 kali ni berjalan dengan jayanya dan terus menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia.
Tunggu apa lagi? Ayuh ajak family atau rakan-raka untuk sama-sama serbu PBAKL 2026 yang akan berlangsung di WTCKL pada hujung bulan ni!
Siapa tahu, korang berpeluang menangi pelbagai hadiah menarik serta grab buku-buku menarik yang tersedia di sana!
The post PBAKL 2026 Kembali Lagi, Ini 5 Tarikan Utama Yang Korang Wajib Serbu Tahun Ini! first appeared on OHBULAN!.





