34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ada Bentuk Badan Menarik, Memang VIP & Suami Orang Akan Cuba Mendekati’ – Anzalna Nasir

    Shopee Sale

    Pelakon, Anzalna Nasir terpanggil untuk memberikan pandangan susulan pendedahan beberapa selebriti wanita yang mendakwa pernah diganggu individu berstatus VIP dan suami orang sepanjang berada dalam industri hiburan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Situasi Itu Menakutkan’ – Zara Zya Bongkar Sisi Gelap Industri Hiburan, Terkejut VVIP Tunggu Dalam Bilik Hotel

    Diganggu VIP

    Menerusi hantaran di Threads, Anzalna, 38, mengakui perkara seperti itu sememangnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira rupa paras atau latar belakang pekerjaan.

    Terbaca kisah kawan selebriti diganggu VIP. Sebenarnya, kalau awak ada rupa atau tidak sekali pun, tapi bentuk badan menarik memang akan ada VIP atau suami orang yang cuba mendekati. Tidak kisah kerja apa sekali pun.

    Dalam perkongsian sama, pelakon drama Takdir Itu Milik Aku itu turut mendedahkan dia mempunyai cara tersendiri untuk mengelakkan diri daripada diganggu golongan lelaki miang ketika aktif dalam dunia lakonan.

    Menurut Anzalna, dia sengaja memberitahu bahawa dirinya sudah mempunyai teman lelaki sebagai langkah berjaga-jaga selain mengelakkan individu tertentu mengambil kesempatan.

    Sepanjang saya jadi pelakon, saya memang pilih untuk ada kekasih sebab setidaknya orang tidak berani nak kacau.

    Memang merata tempat saya akan beritahu sudah ada kekasih, sampai ada persoalkan ‘tak takut ke nanti tak popular sebab sudah ada boyfriend?’. Tapi saya tidak kisah.

    Yang penting saya tahu selamat daripada buaya darat. Sampai ke mana-mana pun, saya akan bawa Hanif sekali demi keselamatan diri, sekarang kekasih saya itu sudah jadi suami.

    Terdahulu, pelakon Zara Zya mendedahkan pengalaman hitam yang pernah dilaluinya sewaktu awal pembabitan dalam industri seni apabila didakwa dibawa ke sebuah bilik hotel untuk bertemu seorang VIP.

    MENARIK:  Zahnita Wilson Ungkap Kisah Sedih Dengan Tiga Perkataan – ‘Cinta & Kehidupan’

    Menurut Zara, dia kemudian diminta melakukan perkara tidak senonoh sebelum mengambil keputusan untuk melarikan diri kerana berasa takut dan terkejut dengan situasi tersebut.

    Sumber: Threads

    The post ‘Ada Bentuk Badan Menarik, Memang VIP & Suami Orang Akan Cuba Mendekati’ – Anzalna Nasir first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah